Posts Tagged ‘Syarat Memulakan Pelaburan’

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wow…Agak lama saya meninggalkan aktiviti berblog ni.

Hari ini saya nak share tentang syarat-syarat bagi memulakan pelaburan unit trust

Antara syarat-syarat penting ialah :

1) Jika anda pelabur perseorangan, anda mestilah berumur 18 tahun keatas

2) Jika anda pelabur pertama, jointholder anda tidak semestinya berumur 18 tahun keatas

Contoh : Anda ingin memulakan pelaburan untuk pendidikan anak anda. Anda sebagai pelabur pertama bolehlah meletakkan nama anak anda(yang belum mencapai umur 18 tahun) sebagai jointholder. Sebaik umurnya mencecah 18 tahun dan telah bersedia untuk melanjutkan pelajaran, anda bolehlah transfer pelaburan itu kepada anak anda.

3) Bagi warganegara Malaysia, dokumen yang diperlukan hanyalah salinan fotostat IC depan belakang dalam satu kertas A4.

4) Jika anda bukan warganegara Malaysia, anda juga boleh melabur. Dokumen yang diperlukan hanyalah salinan fotostat pasport anda.

Anda bolehlah menghubungi saya di talian : 019-7916848 untuk memulakan pelaburan.

Sebarang pertanyaan juga boleh di emailkan ke : ctshahariah@gmail.com

Mulakan melabur sekarang, dan tunggu sekurang-kurangnya 5 tahun untuk melihat pulangan berganda pelaburan anda. Anda pasti takkan menyesal…  😉

Yang pentingnya anda mestilah jelas akan matlamat pelaburan anda dan faham risiko pelaburan. Semua info ini boleh diajukan kepada agen unit trust dan menerusi pembacaan prospektus.

Hingga berjumpa lagi  😉

Advertisements