Posts Tagged ‘simpanan tetap’

Masih ramai antara kita yang menabung dalam Fixed Deposit. Saya sendiri pernah berjumpa beberapa prospek yang lebih suka menyimpan dalam Fixed Depsit berbanding unit trust.

Sebabnya : kita rasa simpanan dalam fixed deposit adalah selamat kerana ianya tidak berisiko tinggi

Soalan saya :

1) Adakah pulangan sebanyak 3%-4% sudah mencukupi?

2) Tidakkah kita rasa pulangan sebegitu akan ditelan inflasi di masa depan?

3) Dari mana pihak bank dapat untuk memberi pulangan 3%-4% kepada penyimpan FD?

4) Simpanan FD memerlukan kita menyimpan dalam tempoh tertentu(3 bulan, 6 bulan, 12 bulan). Bagaimana jika ada emergency semasa tempoh itu?

Ramai yang menyimpan/melabur untuk persaraan, pendidikan anak-anak, nak pergi haji/melancong atau keperluan dimasa hadapan(contoh perubatan). Sudah semestinya apa jua matlamat kita menyimpan/melabur, ianya memerlukan amaun yang banyak.

Jika FD hanya dapat memberi pulangan sebanyak 3%-4%, agak-agak boleh ke kita capai matlamat kita? Atau ianya akan hanya di telan inflasi?

Jika unit trust boleh memberi pulangan sekitar 10% dengan risiko terkawal, masihkan kita mahu terus menyimpan di FD?

Bagaimana pula pihak bank dapat memberi pulangan 3%-4% kepada penyimpan FD?

Sebenarnya pihak bank juga menggunakan simpanan kita untuk membuat pelaburan lain, bagi pinjaman kepada orang lain(personal loan, housing loan, car loan) dan sebagainya. Keuntungan dari situ lah, pihak bank bagi balik kepada kita. Jadi kalau pihak bank berani menggunakan duit kita untuk membuat pelaburan, kenapa tidak kita sendiri melabur duit itu untuk mendapatkan pulangan yang lebih banyak?

Dan simpanan FD juga memerlukan kita membuat simpanan dalam tempoh tetap ie 3 bulan, 6 bulan, 12 bulan. Bagaimana kalau ada musibah dan kita perlukan duit segera?

Bagi pelaburan unit trust, pelabur boleh membeli dan menjual pada bila-bila masa. Tiada masalah tempoh seperti FD. Bahkan jika kita terlalu takut pada risiko tinggi dalam unit trust(dana ekuiti), kita boleh melabur dalam dana bon yang berisiko rendah tetapi telah terbukti memberi pulangan yang lebih baik dari FD.

Jadi apa pilihan anda sekarang?   🙂

(019-7916848)