Posts Tagged ‘Saya nak tunggu hingga….’

Salam,

Bila berdepan dengan prospek, bermacam-macam reaksi yang saya terima selepas habis sharing info pasal pelaburan unit trust.

Antara yang menarik  :

~ Saya rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk melabur. Tunggu dulu lah share market naik baru saya nak melabur.

~ Saya rasa tak boleh melabur sekarang ni. Saya terlalu sibuk nak uruskan banyak perkara sekarang ni. Tunggu lah hingga saya free sikit ye.

~ Saya tak minat melabur unit trust ni. Saya lebih suka melabur emas sebab ianya lebih menguntungkan. Tunggu dulu lah ye.

~ Saya tak suka simpan duit. Bila saya ada duit, saya lebih suka nak tambah stok baju/tudung kedai saya. Tunggu lah saya banyak duit sikit untuk melabur ye.

Tunggu .. tunggu.. dan tunggu.

Bukan saya tidak boleh menunggu, tetapi tahukan anda lebih lama menunggu, anda akan ketinggalan keretapi untuk enjoy the magic of compounding interest. Pelaburan unit trust ini akan menghasilkan pulangan yang baik jika anda memulakannya dari awal. Lagi awal anda melabur lagi baik pulangannya tau!

Imagine anda baru saja menimang cahaya mata. Anda pasti mahukan yang terbaik untuk permata hati tu kan? Terutama dalam bab education. Kalau anda tidak mula menyimpan sekarang, bila lagi agaknya anda nak start ye? Tunggu anak tu berumur 5 tahun, 10 tahun? Dah terlambat sangat tu.. Sebaik-baiknya eloklah anda mula menyimpan untuk tabung pelajaran anak anda dari sejak dia lahir lagi.

Jangan tunggu lama-lama ye..

Lagi lama tunggu, lagi takkan buat!

So jangan tunggu lama-lama, buat je sekarang.

Untuk menjawap balik komen-komen diatas (saya kasi lipat baik punya..hehe) :

~ Bila encik XXX rasa masa yang sesuai untuk melabur? Kalau share market dah naik, bukan ke encik akan membeli pada harga yang mahal? Dah rugi tu encik.

~ Ok saya faham kesibukan Puan YYY, tapi saya percaya puan boleh luangkan sedikit masa untuk merancang kewangan masa hadapan puan dan keluarga. Saya percaya satu hari nanti Puan akan berterimakasih pada saya sebab menyarankan puan membuat pelaburan ini.

~ Ye saya akui pelaburan emas ini memang bagus. Malah sekarang ini memang sudah menjadi trend pulak, disana-sini kita dengar orang melabur emas. Saya cuma nak ajak encik ZZZ diverify kan portfolio pelaburan encik. Saya pasti encik mesti pernah dengar perumpamaan “Don’t put all your eggs in one basket” bukan? Dengan kepelbagaian ini, encik tidak berisiko untuk rugi habis kalau salah satu pelaburan encik mengalami kerugian teruk

~ Saya faham sebagai peniaga sudah tentulah Puan AAA sentiasa nak menambah stok yang up-to-date dalam butik puan kan. Saya cuma nak ingatkan yang simpanan juga penting untuk Puan. Ye sekarang puan ada suami untuk backup puan, tapi apa akan terjadi sekiranya berlaku perceraian atau suami meninggal dunia(nauzubillah)? Kalau puan ada simpanan sendiri, sudah tentu boleh menokok tambah keperluan puan dan keluarga juga. Fikir long term aje Puan..

Apa-apa pun keputusan melabur terletak ditangan pelabur. Saya sebagai unit trust consultant hanya boleh bertindak untuk menanam kesedaran batapa pentingnya menyimpan dan melabur dalam unit trust

So kepada yang masih was-was, masih menunggu, masih muda, let’s take action now

Just Do It..

Semoga post ini bermanfaat hendaknya.

Hingga ketemu lagi, selamat memulakan pelaburan ye.. 😉