Posts Tagged ‘Saya hampir give-up’

Salam Jumaat,

Tajuk hari ini sungguh..WOW!! hehehe….

Ye saya hampir-hampir give-up dalam industri unit trust ni. Kenapa?

1) Upline/mentor yang jauh dimata

Upline yang recruit saya sebagai Unit Trust Consultant saya kini berada di Shah Alam. Jadi saya selalu menggunakan alasan itu untuk merasakan susahnya bila mentor jauh dimata. Nak tanya apa-apa pun susah, tiada sumber rujukan. Dah lah dia jarang bukak email, chatting jauh sekali. Hanya sms dan phone call saja yang menghubungkan saya dengan dia. Sesekali dia balik ke JB, barulah saya dapat berjumpa dengannya. Grr…!!

2) Rasa susah nak set appoinment atau nak close sale

Saya selalu rasa yang approach orang bukanlah sesuatu yang saya suka buat. Saya ni seorang yang pendiam dan pemalu sebenarnya. Saya selalu anggap yang bila saya call orang untuk set appoinment, mesti saya tengah kacau dia yang sedang sibuk bekerja. Bila dah dapat appoinment, saya rasa susah nak convince orang untuk terus melabur dan close sales on the spot. Jadi anda boleh bayangkan betapa susahnya saya nak buat sales unit trust ni. Grr..!!

3) Selalu rasa demotivated dan negatif bila prospek reject

Wah ini masalah besar saya!! Bila alami rejection dari prospek, rasa macam lari jauh-jauh nak nangis sampai esok pagi! Grr…!!

4) Jumpa prospek yang banyak songel

Ada prospek yang saya jumpa hanya nak melabur dengan UTC yang buat fulltime saja. Ada prospek yang saya jumpa cakap bila ada duit dia tak fikir nak simpan, dia nak rolling duit tu untuk tambah stok dikedainya. Ada prospek yang saya jumpa tak nak ambil risiko tinggi(tapi return nak pulak tinggi). Ada prospek saya jumpa asyik cakap tengah fikir lagi. Wah banyaknya songel mereka nihh. Grr…!!

4 sebab utama itulah saya menyebabkan saya hampir-hampir give-up dalam industri unit trust ni. Setelah beberapa bulan berlalu, saya hanya invest untuk diri sendiri saja, tidak berusaha cari prospek dan malas nak contact upline.  Saya mulalah mengintai peluang lain untuk  menambah pendapatan.

Hinggalah satu hari saya come-across blog/forum otai-otai unit trust yang telah berjaya kaw-kaw dalam bidang ini. Semangat nak berjaya macam mereka pun terus membara gitu..! Saya berkenalan dengan seorang agency manager di JB yang sangat baik hati dan tidak lokek mencurahkan ilmunya pada saya, walaupun saya bukan di bawah group beliau. Saya diajak ke group meetingnya dan berpeluang join roadshow yang dianjurkan olehnya.  Beliau sentiasa memberi kata perangsang untuk saya tidak give-up malah mendoakan kejayaan saya pula!

Don't give up Siti... You CAN do it !!

Saya mula menukar strategi, belajar ayat-ayat power, focus on the solution to the problems , sentiasa bergaul dengan group yang positif dan cari peluang tambah ilmu. No more looking back! Nothing is impossible

Nothing is impossible. Just DO IT..!!

Azam saya untuk tidak give-up lagi dan terus belajar, belajar dan belajar.

Suka dapat rejection(???) sebab dengan rejection lah saya belajar untuk mendalami lagi ilmu untuk menukar rejection kepada approval.

Mesti berani untuk call prospek dan tanya soalan maut untuk close sales (Ahaks..)

Dan saya mahu berubah untuk jadi begini :

Imagine big and Believe I can always Achieve my goals

Wow..tiba-tiba rasa terlebih positif pulak

Moral of the story: Dalam apa jua bidang anda sekarang, jangan terlalu cepat give-up, sentiasa bergaul dengan orang yang positif, jika ditimpa masalah fokus pada solution bukan pada problem, sentiasa berusaha menambah ilmu, dan jangan berhenti berdoa sebab doa itu adalah senjata orang Muslim

Semoga Jumaat yang penuh berkah ini menjadikan kita lebih kaya dengan rahmat Allah swt, kaya kasih-sayang dengan keluarga/rakan-taulan, kaya harta dunia/akhirat dan kaya ‘physically/mentally’.

Jumpa lagi, nak bersiap-siap untuk bertemu prospek sekejap lagi  😉