Posts Tagged ‘Ringgit Cost Averaging’

Salam 1Malaysia..

Dalam post lepas saya ada menyatakan kebaikan membuat ringgit cost averaging(kos pemurataan ringgit).

Apa yang dimaksudkan dengan ringgit cost averaging ni?

Ringgit cost averaging ialah satu teknik pelaburan unit trust yang dapat mengurangkan risiko pelaburan bagi pelabur yang melabur dengan amaun yang besar iaitu dengan memecahkan amaun pelaburan itu dengan amaun yang tetap pada kadar yang berulang.

Contohnya, anda boleh memulakan pelaburan serendah RM1000 dan membuat auto-debit untuk top-up pelaburan anda tiap-tiap bulan serendah RM100 sahaja.

Ini ialah salah satu cara bagi pelabur memanfaatkan harga turun naik pasaran saham bagi mendapat keuntungan tinggi dalam jangka panjang.

“Save little save often – dollar (ringgit) cost averaging works, if you stick to it.”

– Paul Clitheroe, “Ten Key Steps to Wealth”, 2002.

Merujuk kepada rajah dibawah ini, sekiranya anda berhasrat untuk menyimpan RM12,000 setahun untuk kos pembelajaran anak anda, daripada melabur RM12,000 secara lump sum, adalah lebih baik jika anda pecahkan pelaburan itu sebanyak RM1000 sebulan. Ini untuk mengelakkan anda melabur pada harga yang tinggi di awal pelaburan.

Month Investment Amount (RM) Price Per Unit (RM) Number of Units Purchased
January 1,000 0.2549 3,923.11
February 1,000 0.2261 4,422.82
March 1,000 0.2068 4,835.59
April 1,000 0.1846 5,417.12
May 1,000 0.1645 6,079.03
June 1,000 0.1589 6,293.27
July 1,000 0.1477 6,770.48
August 1,000 0.1617 6,184.29
September 1,000 0.1947 5,136.11
October 1,000 0.2035 4,914.00
November 1,000 0.2248 4,448.40
December 1,000 0.2510 3,984.06
Total RM12,000 62,408.28

Pelaburan pokok(RM1000X12) = RM12,000

Jumlah unit terkumpul pada Disember = 62,408.28

Kos purata per unit pada Disember = 0.1923

Purata harga unit dalam tempoh 12 bulan = 0.1983

Disini jelas menunjukkan bahawa :

1) jika anda melabur RM12,000 pada Januari, anda melabur pada harga unit yang  tinggi iaitu 0.2549

2) Jika anda melabur RM1000 tiap-tiap bulan, purata harga seunit pada Disember ialah  0.1923 iaitu lagi rendah dari purata harga unit dalam tempoh 12 bulan iaitu 0.1983. Ini ialah kerana anda melabur pada tiap-tiap bulan tanpa mengira harga pada masa itu rendah atau pun tinggi. Purata harga seunit ini juga lebih rendah dari harga unit pada Januari iaitu 0.2549

Jadi kebaikan melabur dengan harga yang rendah ni ialah anda akan dapat mengumpul lebih banyak unit. Lagi banyak unit terkumpul, lagi tinggi pulangan pelaburan anda. Jadi tidak kiralah berapa amaun pelaburan anda, strategi ini berkesan dalam pelaburan jangka panjang.

Bagaimana nak mengaplikasikan ringgit cost averaging ini? Ikuti tips-tips berikut :

1) Mulakanlah pelaburan anda seawal mungkin.

Lagi lama anda melabur lagi banyaklah potensi anda untuk mendapat manfaat ringgit cost averaging ini kerana turun naiknya  pasaran saham dalam jangka panjang.

2) Berdisiplinlah untuk membuat pelaburan setiap bulan

Jadikan ia sebagai simpanan tetap anda tiap-tiap bulan. Ingat RCA ialah long-term startegy, lebih lama anda mengamalkannya, lebih banyak anda untung.

3) Buat auto-debit dari bank ke pelaburan unit trust

Ini akan memudahkan anda kerana anda tidak perlu isi form, beratur di bank tiap-tiap bulan untuk menambah pelaburan.

4) Jangan jual pelaburan anda ketika harga rendah.

Walaupun anda mengamalkan RCA, ingat jangan jual pelaburan anda semasa harga sedang rendah kecuali jika anda benar-benar terdesak ketika itu dan tiada jalan lain kecuali menjual. Ingat konsep unit trust, buy low sell high.

Jika anda melabur menggunakan simpanan KWSP a/c 1, anda juga layak membuat RCA dengan membuat pengeluaran tiap-tiap 3 bulan sekali.

Sekian, jika anda perlukan info lanjut mengenai RCA, hubungi lah saya ye.


(019-7916848)