Posts Tagged ‘passive investor’

Apa kekurangan unit trust?

Setiap bentuk pelaburan sudah pasti ada kelebihan dan kekurangannya bukan?

Post ini merupakan susulan kepada post Kelebihan Pelaburan Unit Trust sebelum ini.

So apa kekurangan unit trust ni ye?

1) Faktor risiko

– Risiko memang tak dapat dielakkan dalam apa jua bentuk pelaburan. Penting untuk pelabur mengetahui bentuk risiko dalam pelaburan yang ingin dilakukannya. Pendedahan kepada risiko ini dapat memberikan gambaran kepada bentuk pulangan yang bakal diperolehi.

– Antara risiko unit trust ialah risiko turun naik pasaran saham, risiko harga saham, risiko kecairan, risiko matawang, risiko kadar faedah dan risiko tidak -patuh syariah.

Contoh Рunit trust dana ekuiti akan terdedah kepada risiko turun naik pasaran saham.  Bagaimana cara nak mengurangkan risiko ini? Caranya ialah mengamalkan RCA(ringgit cost averaging) dengan membuat pelaburan tetap tiap-tiap bulan, melabur dalam jangka panjang, mengamalkan konsep switching  (dari dana ekuiti ke dana bond/money market pada ketika pasaran saham yang tinggi) dan juga asset allocation untuk menyeimbangkan profil pelaburan

2) Faktor tiada kawalan keatas pelaburan

– Ini kerana pelaburan akan dilakukan oleh pengurus dana yang profesional. Jadi pelabur tiada kuasa keatas urusan jual beli portfolio.

– Sebenarnya ada kebaikan diatas kekurangan ini kerana biasanya pelabur unit trust merupakan passive investor. Mereka tiada pengetahuan tentang urusan jual-beli saham, bagaimana nak monitor atau tiada masa untuk monitor. Mereka hanya mahu pulangan yang baik dari pelaburan ini. Jika mereka adalah active investor, sudah tentu ini merupakan kekurangan besar kepada mereka.

3) Faktor yuran pengurusan, yuran pemegang amanah, service charge dan cukai pelaburan

– Ramai yang menyatakan kurang senang terhadap pelaburan unit trust kerana adanya kos-kos diatas.

РYuran pengurusan, yuran pemegang amanah dan lain-lain yuran adalah merupakan yuran tahunan. Yuran-yuran ini ditolak dari pendapatan kasar dana. Contoh : yuran pengurusan adalah sekitar 0.75 Р1.65%  setahun

– Service charge yang dikenakan pula adalah sekali sahaja pada awal pelaburan(bergantung pada dana yang dipilih). Tiada apa-apa charges dikenakan jika anda menjual pelaburan anda. Charge ini tidak dikenakan tiap-tiap bulan melainkan anda membuat DDI(direct debit investment).

– Ramai yang merungut kos-kos diatas akan mengurangkan pulangan pelaburan. Mereka mengatakan service charge yang dikenakan adalah up-front, awal-awal lagi akan mengurangkan jumlah pelaburan. Ya saya akui, sebab itulah kita perlu ingat bahawa pelaburan unit trust merupakan pelaburan jangka panjang. In fact dalam jangka 1-3 tahun, mungkin kita akan dapati pulangannya sangat sedikit(tidak berbaloi). Tetapi jika kita tetap pada matlamat asal untuk melabur dalam jangka panjang, insya Allah kita akan dapat pulangan yang sangat baik.

Jadi sebelum anda melabur, sentiasalah timbangkan pros and cons sesuatu pelaburan itu. Mungkin pelaburan unit trust tidak sesuai untuk anda(saya akan keluarkan post lain untuk itu).

Selamat melabur!

Advertisements