Posts Tagged ‘nak cari duit’

Assalamualaikum,

Untuk para pelabur baru, anda perlu tanya soalan-soalan ini ketika appoinment dengan agen pelaburan anda. Jangan melabur semborono aje ye. Ye lah, dengar orang lain melabur, kita nak melabur juga. Orang lain melabur di syarikat yang betul, kita dek sebab termakan pujuk rayu agen, akhirnya mengigit jari…

Kes terbaru seperti dilaporkan dalan The Star minggu lepas, beribu pelabur-pelabur kerugian beratus ribu ringgit akibat melabur dalam pelaburan hartanah dengan syarikat yang berpangkalan di Kanada. Bukan senang nak cari duit, jadi melaburlah dengan bijak ye.

Ok tanya soalan-soalan ini pada diri sendiri dan agen . Make sure anda dapat jawapan yang betul-betul memuaskan hati anda sebelum turun tandatangan atau cap jari :

1) Mintak agen tunjukkan authority card

Untuk elak ditipu

2) Apa objektif pelaburan anda?

Kenapa anda melabur?

Anda mengharapkan pelaburan itu memberi pulangan dividen setiap tahun?

Anda mengharapkan pelaburan itu menambah nilai modal asal dan tidak mengharapkan dividen?

Anda boleh menunggu lama(contoh 5 tahun ke atas)?

Atau anda harapkan keuntungan cepat?(skim cepat kaya – no no no, lari jauh-jauh dari skim seperti ini)

3) Apa bentuk pulangan yang anda akan dapat dari pelaburan ini?

Dividen?

Capital growth?

4) Apa risiko dari pelaburan ini?

Apa risiko yang terlibat dalam pelaburan ini? (setiap pelaburan ada risikonya)

Adakah anda boleh rugi dari nilai pelaburan asal? Duit anda boleh jadi kosong??

Bagaimana nak leveragekan risiko pelaburan ?

5) Apa up-front charges atau hidden cost dalam pelaburan ini?

Berapa service charge permulaan?

Berapa management fee tahunan?

Hidden cost lain dari yang atas?

6) Berapa lama anda perlu tunggu untuk doublekan duit anda dalam pelaburan ini  berbanding simpanan lain contoh FD, KWSP atau ASB?

Berapa lama kena tunggu untuk double?

Berapa lama sebelum wang anda ditelan inflasi?

7) Jika anda melabur dalam unit trust, sila mintak prospektus pelaburan dan baca

Jika tiada masa untuk membaca semasa appoinment, mintaklah soft copy supaya anda boleh baca kemudian. Prospektus sangat penting dan anda boleh dapat banyak info tentang syarikat, dana dan sebagainya.

Agen yang baik dan berilmu sepatutnya dapat menjawab persoalan diatas dengan yakin, memantau pelaburan anda dan update status pelaburan anda dari semasa ke semasa.

Selain dari itu anda juga boleh dinasihatkan tambahlah ilmu tentang hal-hal kewangan. Selain dapat menambah ilmu, anda juga boleh mengelakkan diri dari menjadi mangsa tipu orang yang tidak amanah. Orang yang paling bertanggungjawab ke atas wang anda adalah ANDA sendiri.

If something smells fishy, run for your lives!!!

Semoga bermanfaat.

Selamat melabur.

(019-7916848)

Advertisements