Posts Tagged ‘Kenapa saya ceburi bidang unit trust’

Salam sejahtera,

Topik hari ini agak santai…

Kenapa ye saya begitu berminat dengan industri unit trust ni?

1) Minat sangat dalam bidang financial planning

Kalau nak tengok koleksi buku-buku yang saya beli beberapa tahun kebelakangan ini, hampir kesemuanya berkait rapat dengan financial planning dan juga self-improvement. Author pulak tak kiralah dalam negara(Azizi Ali) atau luar negara(Brian Tracy, T Harv Eker, Adam Khoo etc). Seronok tau baca buku mereka ni. Unit trust pula ialah salah satu cabang bidang financial. Saya suka nak mengkayakan diri dan mengkayakan orang lain juga…hehehe.

2) Kerjaya ini professional dan flexible

Kerjaya unit trust consultant(UTC) ni kadang-kadang orang pandang rendah. Malah ada yang melabur sebab kasihan pada UTC..hehehe jangan tak percaya. Sebenarnya UTC ni satu kerjaya yang profesional tau. Dan paling saya suka, ianya sangat flexible. You determine your paycheck. Nak banyak masyukkk, kenalah banyak buat kerja ye. Dan paling best, sekali anda kerja, pulangan berkali-kali dapat. Kenapa? Sebab yang melabur dari KWSP mesti nak tambah pelaburan tiap 3 bulan sekali, yang melabur cash nak tambah pelaburan bila mereka ada extra cash. Malah ada juga yang recommend kawan-kawan atau saudara-mara mereka untuk join melabur juga. Woweee!! Seronok nya…!!

3) Kemajuan teknologi

Saya membina kerjaya unit trust juga dengan menggunakan teknologi. Macam mana tu? Melalui laman sosial facebook  dan blog, adakala pelabur yang cari saya tau. Senangnya…!

4) Matlamat yang tinggi(dibaca angan-angan)

Saya telah melihat ramai anak Melayu yang telah berjaya membina kerjaya dan memenuhkan poket mereka dalam industri ini. Rasa bangga, jealous(boleh gitu…?), aku nak jugak dan  ada hati nak berjaya jugak macam mereka . Kalau mereka boleh berjaya kenapa tidak saya? Mereka juga manusia sama yang diberi akal dan masa 24 jam tiap-tiap hari juga. I believe i can fly …!!!

5) Paling sempoi – dah bosan makan gaji

Hehehe. Sila jangan terpengaruh ya!   😉

Business Opportunity Preview

Business Opportunity Preview

Ok buat rakan-rakan yang berada disekitar Johor Bahru, jika anda sudah terpengaruh dengan kata-kata saya diatas tu(hehehe), anda dijemput untuk menghadiri BOP iaitu peluang membina kerjaya unit trust pada :

Hari : Sabtu (18.2.2012)

Masa : 2 – 5 petang

Tempat : Public Mutual Johor Bahru
Sila contact saya ASAP (019-7916848) untuk saya reserve kan tempat untuk anda ye.

Hingga bersua kembali…Tata!