Posts Tagged ‘Financial tips for 2012’

The Bulletin

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Apa khabar? Baru-baru ini saya telah menerima majalah The Bulletin yang pertama dalam 2012.

Dalam majalah The Bulletin ini, ada menggariskan tips kewangan untuk 2012.

Berikut tips-tips nya :

1) Save, save and save!

Menyimpan adalah satu komponen penting dalam membina kekayaan. Ketepikan sedikit simpanan kita untuk tujuan pelaburan jangka panjang.

Ingat, tiada orang akan menyesal untuk menyimpan, yang menyesal untuk berbelanja banyaklah.

2) Status savvy

Periksa kedudukan kewangan kita.  Jika belum membuat perancangan jangka panjang, kita mesti mulakannya sekarang. Keep track segala perbelanjaan (review bank statement, credit card statement, loan statement dan investment statement) untuk megetahui dimana wang kita dibelanjakan atau disimpan tiap-tiap bulan. Dari situ kita boleh membuat keputusan untuk merancang kewangan jangka panjang.

3) Cutting edge

Dengan kenaikan kadar inflasi, kita hendaklah mengurangkan perbelanjaan yang bukan keperluan untuk meningkatkan jumlah simpanan. Kenalpasti barang keperluan dan barang kemahuan. Masihkah kita perlu minum kopi di Starbuck yang berharga RM13 atau membeli designer handbag yang beribu-ribu harganya?

Ibaratnya janganlah kita jadi papa asalkan bergaya. Disebabkan nak kelihatan berjaya dan bergaya, hutang keliling pinggang!

4) Dealing with debt

Bayar semua hutang piutang kita yang telah bertimbun itu sebanyak yang anda mampu. Bayar hutang pinjaman pada masanya(terutama hutang kad kredit). Kad kredit memang senang digunakan, tapi jika kita tiada disiplin untuk membayar dengan tetap tiap-tiap bulan, kiss the credit card goodbye. Muahh!!

5) Funds for the future

Dengan bertambahnya jangka hayat penduduk Malaysia, kita perlu merancang kehadapan untuk menjamin kehidupan yang selesa selepas bersara. Dengan kadar inflasi yang semakin meningkat, kita hendaklah mempelbagaikan bentuk simpanan dan pelaburan kita untuk mengurangkan risiko kerugian.

Ibarat pepatah Inggeris ” Don’t put all your eggs in one basket”. Sekali bakul terjatuh, habis semua telur pecah!!

6) Invest regularly

Melaburlah tidak kira bagaimana keadaan pasaran sekarang. Dengan mengamalkan pelaburan secara ringgit cost averaging(RCA) anda akan mendapat lebih unit sekiranya harga rendah dan kurang unit pada harga yang tinggi. Dalam jangka panjang, ini akan mengurangkan kos purata seunit. Baca tentang RCA di sini ->

https://islamicunittrust4u.wordpress.com/2012/02/08/ringgit-cost-averagingrca/

7) Taking control

Mulakan perjalanan menuju kebebasan kewangan kita sekarang.

“Time and tide waits for no man.”

Tiada siapa yang boleh mengawal diri kita kecuali kita sendiri. Sekali kita bertindak untuk mencapai kebebasan kewangan, teruskanlah ia. Jangan hangat-hangat tahi ayam dan berhenti separuh jalan.

Ibarat genggam bara api, biar sampai jadi arang.

Semoga bermanfaat.

Hingga jumpa lagi.

Advertisements