Posts Tagged ‘cukup ke ada rumah sewa’

Assalamualaikum,

(Post ini susulan dari post saya sebelum ini.)

Tidak ramai antara kita yang akan memikirkan betul-betul tentang persaraan kita.

Ada yang kata “Aku masih muda, ada 30 tahun lagi nak bersara. Masih lama lagi” atau “Apa susah anak-anak kan ada”.

Agak-agak apa sumber kewangan yang anda boleh fikirkan sekarang untuk persaraan kelak?

Ramai yang kata KWSP, pencen, simpanan, insurans/takaful, hartanah dan anak-anak.

Soalan saya, Cukup Ke? untuk kita harungi persaraan hingga umur 70-80-90 tahun?

Jom kita tengok satu-satu alternatif yang ada dan kenapa saya kata tidak cukup.

1) KWSP

  • Kajian menunjukkan bahawa purata rakyat Malaysia hanya akan perolehi RM135,000 wang simpanan KWSP pada umur 55 tahun.
  • Nampak banyak, tapi tahukah anda rata-rata pesara akan menghabiskan wang itu dalam masa 2 tahun sahaja! Apa akan jadi pada anda selepas itu? Anda masih ada 15-20 tahun lagi dalam persaraan!
  • Kenapa wang KWSP tidak cukup? Kerana kita telah diberi kelonggaran oleh KWSP untuk mengeluarkan wang sebelum umur 55 tahun, untuk membeli rumah, mengurangkan pinjaman perumahan, menanggung perubatan atau pendidikan anak-anak.
  • So, Cukup ke?

2) Pencen

  • Jumlah pencen yang dapat hanyalah separuh dari gaji terakhir anda. Itu pun sekiranya anda bekerja dengan kerajaan pada tempoh-tempoh tertentu. Anda dah biasa dengan lifestyle RM5000 sebulan(contoh) dan kini terpaksa hidup dengan lifestyle RM2500 sahaja? Inikah yang anda mahukan?
  • So, Cukup ke?

3) Simpanan sendiri

  • Kajian menunjukkan cuma 39% rakyat Malaysia yang betul-betul mempunyai tabiat menabung untuk persaraan. Yang lain?
  • Ada juga client yang saya jumpa menabung dalam Fixed Deposit. FD bukan tidak bagus. Pulangan terjamin, tapi adakan pulangannya tinggi? Adakah pulangannya dapat menyaingi kadar inflasi? Buat pengetahuan, FD bagus dijadikan simpanan kecemasan jangka pendek. Untuk jangka panjang seperti persaraan, this option is out.
  • So, Cukup ke?

4) Insurans/takaful

  • Terdapat 2 jenis utama produk insurans/takaful iaitu term life dan investment-linked.
  • Term life akan bayar pampasan kepada waris selepas anda meninggal dunia. Anda dapat duit itu? Sudah tentu tidak. Premiumnya rendah dan sesuai bagi mereka yang mahukan protection sahaja
  • Investment-linked pula terdapat 2 dalam 1 iaitu protection dan juga pelaburan. Ramai antara kita akan mengambil polisi sebegini memikirkan kita sendiri akan dapat pulangan setelah matangnya polisi itu. Tapi perlu ingat premium yang dibayar adalah tinggi dan sebahagian besar akan digunakan untuk protection bukannya pelaburan. Jadi wang pelaburan yang anda dapat hasil pelaburan nanti tidaklah begitu banyak.
  • So, Cukup ke?

5) Hartanah

  • Memadai ke jika anda hanya mempunyai satu atau dua rumah sewa? Pulak tu terletak jauh dari bandar? Atau satu rumah di lokasi baik yang anda boleh jual untuk menyara diri  10 atau 20 tahun lagi lepas bersara nanti?
  • Kecualilah anda mempunyai lebih dari 5 buah rumah  yang terletak di lokasi strategik dan menjadi impian ramai orang untuk memilikinya!
  • So, Cukup ke?

6) Anak-anak

  • Agak pelik untuk menyatakan kita boleh bergantung harap pada anak lepas bersara kelak. Zaman sudah berubah. Pada zaman sekarang pun sudah kedengaran cerita-cerita tidak enak ditelinga bagaimana seorang ayah di halau dari rumah, ibubapa hidup dalam keadaan dhaif tidak dipedulikan anak-anak. Begitu juga fenomena menghantar ibubapa ke rumah orang-orang tua. Apa lagi pada zaman akan datang? Yang pastinya kita memang tidak boleh mengharap dapat bergantung pada anak-anak atas alasan jerit-payah membesarkan mereka dahulu. Pernah dengar kata-kata “No Money, No Love, No Respect” ? Ada wang semua sayang, tiada wang, semua lari!
  • So, boleh ke?

Cukup Ke...?

Mungkin ada yang kata, campur-campur KWSP/Pencen, simpanan, insurans/takaful, rumah sewa dan anak-anak, boleh la nanti aku survive. Ingin ke anda meletakkan harapan yang samar sebegitu untuk masa depan anda sendiri?

Fikir-fikirkan lah. Apa alternatif lain yang anda ada?

Jika anda ingin tahu alternatif lain yang boleh menolong menggandakan wang simpanan persaraan anda, sila hubungi saya ye!

Jumpa lagi,

(019-7916848)

Advertisements