Posts Tagged ‘Charges pelaburan unit trust’

Tahniah jika anda berminat untuk melabur atau telah pun melabur ! **Clap! Clap!Clap!**

Tahukan anda terdapat beberapa charges yang dikenakan keatas pelabur dalam pelaburan unit trust?

1) Pada awal pelaburan, syarikat pengurusan dana akan mengenakan service charge mengikut kategori dana.

Untuk pelaburan secara tunai dalam dana ekuiti, biasanya service charge adalah dalam lingkungan 5-6% dari amaun pelaburan(service charge ini berbeza mengikut syarikat pengurusan dana)

Untuk pelaburan secara pengeluaran kwsp a/c 1 dalam dana ekuiti, service charge yang dikenakan pula ialah 3%

Untuk pelaburan dalam dana bon dan money market pula, service charge yang dikenakan ialah 0.25%(untuk kedua-dua pelaburan secara tunai atau kwsp)

2) Selain service charge, setiap tahun caj pengurusan tahunan juga akan dikenakan bagi menampung kos pengurusan dana dan juga yuran pemegang amanah. Jumlahnya pula ialah kira-kira 1-2% yang dikira dari keuntungan kasar tahunan.

3) Caj switching sebanyak MR25 juga akan dikenakan kepada pelabur yang ingin membuat pertukaran dana.

Switching dilakukan sekiranya pelabur ingin ‘lock profit’ setelah mencapai keuntungan semasa harga unit tinggi atau jika pelabur menukar risk profile(dahulu aggressive, sekarang mungkin moderate risk) atau jika pelabur mahu rebalance portfolio dana dengan konsep asset allocation. (Tanya unit trust consultant anda untuk mengetahui lebih lanjut ye…)

4) Bagi pelaburan secara tunai, pelabur boleh menukar hakmilik pelaburannya kepada keluarga terdekat. Caj pertukaran yang dikenakan ialah RM25 untuk setiap pertukaran

5) wow…banyaknya charges yang dikenakan ye. Okay untuk menenangkan anda, TIADA sebarang charge akan dikenakan kepada pelabur yang ingin menjual semula pelaburannya. Phew..!!

Pesan saya, jangan jadikan charges ini sebagai satu halangan untuk anda memulakan pelaburan. Sebab keuntungan jangka panjang adalah lebih berbaloi jika anda melabur dengan bijak dan memulakannya sekarang

Untuk info lanjut tentang charges ini, anda boleh refer pada master prospektus yang disediakan oleh syarikat pengurusan dana. Unit trust consultant anda boleh menerangkannya kepada anda.

Selamat melabur….  =)