Posts Tagged ‘Apa saya pelajari dari seminar Dr Azizan Osman’

Assalamualaikum,

Sebenarnya saya nak cerita mengenai pulangan unit trust hari ni. Tapi terlupa pulak bawak memory card yang saya simpan image pulangan itu. So hari ini cerita pasal motivasi la ye.

Baru-baru ini saya telah hadir ke seminar kenali potensi diri Dr Azizan Osman di Hotel Thistle Johor Bahru.

Antara kata-kata beliau yg terbekas di hati saya sampai hari ini ialah :

“Apa yang kita fikir, rasa, cakap dan buat adalah satu doa. Jadi tiap-tiap hari kita mesti fikir positif, rasa positif, cakap positif dan buat benda-benda yang positif saja.”

Siapa kita 5 tahun akan datang ditentukan oleh orang-orang dikeliling kita. Jadi jika kita mahu kaya dan berjaya,┬ákita hendaklah bergaul dengan orang yang kaya dan berjaya juga”

Sentiasa positif dalam fikiran, perkataan dan perbuatan ­čśë

Beliau juga menerangkan prinsip orang berjaya :

1) Power of Gratification

Sesiapa yang sentiasa bersyukur, Allah akan tambah berlipat-ganda lagi. Bersyukur dari sekecik-kecik rahmat hingga ke besar-besarnya.

2) Power of Focus

– Minda kita ibarat sebuah magnet. Apa yang kita nak, minda akan tarik! So jika kita fokus ┬ákepada benda yang ┬ábaik-baik saja, benda itulah yang akan sampai pada kita. Jangan bayang/doa yang negatif.

– Orang yang berjaya dia akan buat sampai maksimum. Fokus hingga berjaya! Barulah tengok benda lain untuk dibuat

– Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan Ask For More.

3) Power of Character

Kenalilah sikap dan potensi diri sendiri. Bila dah tahu, gunakan potensi itu untuk berubah sikap dan ambil tindakan untuk berjaya

4) Power of Action

– fast action fast result. Takde action, no result lorr..

– Kadang-kadang kita perlu pressure untuk bergerak pantas!

5) Power of Emotion

– Untuk berjaya, emosi/keinginan mesti kuat

– Jangan bergaduh pasal duit, nanti duit lari. Contoh yang dia bawak, suami/isteri janganlah gaduh pasal bil air yang tinggi, asyik mandi malam/awal pagi aje, macam mana bil tak melambung(siapa yang pernah pergi seminar dia mesti faham..hehehe)

6) Power of Contribution/Giving

– What you give, you’ll get back.

– The more you give, the more you’ll get back

– So banyak-banyaklah bersedekah ye.

Selain dari itu, doa, doa dan doa. Jangan putus doa kita pada Allah swt. Doa itu senjata org mukmin. Allah pernah berfirman dalam Al-Quran : “Berdoalah, nescaya Aku akan perkenankan permintaan kamu”

Doa jangan lupa ye..

Semoga posting kali ini memberi manfaat