Archive for the ‘Pulangan pelaburan unit trust’ Category

Hmm..

Antara search keyword yang singgah ke blog saya.

Mungkin penanya mahu tahu antara dana-dana yang memberikan pulangan terbaik dari segi dividen(pengagihan)

Sebenarnya pulangan dividen berbeza antara dana-dana mengikut  objektif pelaburan dana itu.

Ada dana yang memberi pulangan dalam bentuk pertumbuhan modal(capital growth)

Ada dana yang memberi pulangan dalam bentuk dividen(pengagihan)

Ada juga dana yang memberi pulangan dalam bentuk pertumbuhan modal DAN juga dividen

Jadi dividen yang diberi sangat berbeza-beza antara satu dana ke dana lain

Bagi dana yang memberi pulangan dalam bentuk dividen, sudah tentulah pelaburan yang dibuat dijuruskan kepada saham-saham yang boleh memberi pulangan yang baik kepada pelaburnya.

Berjumpalah unit trust consultant untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tajuk ini.

(019-7916848)

Advertisements

Assalamualaikum,

Seperti artikel lalu, pulangan dari pelaburan unit trust adalah dari 2 jenis iaitu :

1) Capital growth atau pertumbuhan modal

2) Distribution atau dividen

Bagaimana cara pengiraan pulangan dividen?

Amaun pelaburan = NAV (net asset value) X No of units

Bila kita melabur, kita akan dapat unit. Objektif pelaburan unit trust yang paling penting ialah untuk mengumpul unit sebanyak-banyak yang boleh.

Kenapa?

Kerana dividen akan dikira mengikut berapa amaun distribution dan juga bilangan unit.

Contoh :

NAV pada 1/1/2007 = 0.5815

Amaun pelaburan permulaan = RM100,000 (Cash)

Jumlah pelaburan sebenar(selepas ditolak service charge 5.5%) = RM94,786.72

Jumlah unit terkumpul

= 94,786.72 / 0.5815

= 163, 003.81 units

Berikut pula adalah dividen unit trust yang di umumkan pada tahun akhir kewangan dana mengikut tahun :

Tahun Distribution(sen) Amaun dividen(RM)
2007 6.5 sen RM10,595.25   (163,003.81 X 0.065)
2008 10.0 sen RM16,300.38   (163,003.81 X 0.1)
2009 7.5 sen RM12,225.29   (163,003.81 X 0.075)
2010 8.0 sen RM13,040.30   (163,003.81 X 0.08)
2011 Jual pelaburan (NAV : 0.7439) RM121,258.53 (163,003.81 X 0.7439)


Jumlah dividen terkumpul dari 2007 – 2010 = RM52,161.62

Jumlah pulangan unit trust dari 2007-2010(termasuk dividen)

= RM121,258.53 + RM52,161.62

RM173,419.75 (total return ~ 73% dalam masa 5 tahun)

Pulangan dividen ini boleh dilaburkan semula atau di tunaikan mengikut kemahuan pelabur (bagi pelaburan tunai).

Jika dividen dilaburkan semula, kita boleh mengumpul lebih banyak unit dari tahun ke tahun. Jadi sudah tentulah jumlah pulangan  lebih tinggi apabila kita menjual pelaburan ini.

Mari kita bandingkan pulangan dari Fixed Deposit mengikut jumlah simpanan yang sama(RM100,000)

Tahun Kadar Faedah (%) Amaun dividen(RM)
2007 3.7 % RM3,700          (100,000 X 3.7 %)
2008 3.7 % RM3,700          (100,000 X 3.7 %)
2009 2.5 % RM2,500          (100,000 X 3.7 %)
2010 2.85% RM2850           (100,000 X 3.7 %)
2011 3.7 % RM3,700          (100,000 X 3.7 %)

Jumlah faedah terkumpul dari 2007 – 2011 = RM16,450

Jumlah simpanan + faedah = RM116,450 (total return ~ 16% dalam masa 5 tahun)

Dari contoh diatas, perbandingan yang jelas dapat dilihat iaitu adalah amat menguntungkan jika melabur dalam unit trust berbanding fixed deposit.

Fixed deposit tiada pertumbuhan modal atau dividen, yang ada hanyalah kadar faedah.

Dengan pelaburan unit trust anda juga boleh menikmati pulangan dividen yang baik setiap tahun(bergantung kepada prestasi pelaburan dana yang dipilih)

Bak kata kartun Dilbert :

Berbaloi-baloi!

Bestkan?

Yang pentingnya matlamat pelaburan kita mestilah jelas. Apa tujuan kita melabur?

1) Pertumbuhan modal?

2) Pendapatan dividen?

3) Kedua-duanya sekali?

Bila dah jelas barulah unit trust consultant boleh memilih dana yang sesuai dengan matlamat pelabur.

Ok, Jumpa lagi…

(019-7916848)

Setiap ibubapa mendoakan kecemerlangan akademik anak-anak kan?

Assalamualaikum & Salam Isnin,

Setiap anak yang lahir itu ibarat kain putih yang suci, tanggungjawab ibubapa lah yang akan mencorakkan kain putih itu menjadi warna indah kehidupan yang cemerlang buat anak itu; dunia & akhirat.

Setiap ibubapa pasti akan berdoa dan berazam memberikan terbaik untuk anak-anaknya bukan? Salah satu yang penting sudah tentulah dari segi pendidikan anak-anak. Kos pendidikan pula semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, kos perubatan di Universiti Malaya pada masa ini ialah RM24,200, tidak mustahil 15 tahun akan datang kos itu akan bertambah berlipat kali ganda!

Alangkah bertuahnya saya mendapat biasiswa waktu saya melanjutkan pelajaran selepas SPM dahulu. Malah saya adalah batch terakhir yang menerima biasiswa JPA pada masa itu. Selepas itu, kerajaan menawarkan pinjaman(bayar separuh/semua mengikut result tahun akhir), pinjaman PTPTN(yang makin ramai tak bayar balik!). Dan sekarang syarat nak meminjam PTPTN mesti ada pula simpanan di SSPN(yang memberikan keuntungan yang sangat sedikit)

Jadi semakin lama semakin susah kita hendak menyara pendidikan anak-anak jika kita tidak menyimpan sendiri.

Imagine jika anak  kita sudah bertungkus lumus belajar, mendapat result yang baik dalam SPM dan bersedia untuk melanjutkan pelajaran, tapi ibubapa pula tidak mampu untuk membayar? Aduh..!! Kasihan kan anak-anak kita?

Apa alternatif yang kita ada?

Syarikat insurans/takaful ada menyediakan pelan-pelan pendidikan untuk anak-anak kita. Dengan menabung secara tetap tiap-tiap bulan, pada umur 18 tahun kita sudah boleh mengeluarkan wang insurans/takaful itu. Pada saya pelan pendidikan ini memang bagus, tetapi return yang diberikan tidaklah sebaik pelaburan dalam bentuk lain kerana sebahagian simpanan digunakan untuk cover perlindungan pelan insurans/takaful tersebut. Jangan salah faham, saya bukan menghentam pelan insurans/takaful ye. Pada saya ianya amat bagus untuk memupuk budaya menyimpan. Cuma pada hemat saya, jika ibubapa sudah mempunyai pelan insurans/takaful sendiri, adalah lebih baik tabung pendidikan anak-anak dilaburkan dalam instrumen lain yang dapat memberi pulangan yang lebih baik contohnya unit trust.

Alternatif lain : pelaburan unit trust

Dengan pelaburan unit trust :

Sekiranya anak baru lahir dan kita menabung RM200 sebulan, 17 tahun selepas itu kita dapat mengumpul RM107,340(berdasarkan 10% compounded interest). 

Sekiranya anak kita berumur 5 tahun, dan kita menabung RM200 sebulan, 12 tahun selepas itu kita dapat mengumpul RM55,748(berdasarkan 10% compounded interest).

Dengan perbezaan umur 5 tahun, jumlah simpanan bulanan yang sama ie RM200, terdapat perbezaan sebanyak RM51,592 jika kita bandingkan melabur pada usia bayi dan pada usia 5 tahun.

Kesimpulannya :

1) Pelaburan unit trust adalah instrumen yang baik untuk menabung pendidikan anak. Ianya kerana dengan pelaburan jangka panjang, kita dapat melipat-gandakan wang simpanan. Pelaburan unit trust ini adalah risiko rendah tapi kita mendapat pulangan yang sangat baik.

2) Mulakanlah pelaburan untuk pendidikan anak anda lebih awal, lebih awal melabur lebih baik pulangannya. Kita juga tidak perlu meyimpan dengan amaun yang tinggi.(RM200 tidaklah tinggi mana kan..? Pada sesetengah orang mungkin dicelah gigi saja)

3) Kita juga akan mendapat ketenangan fikiran kerana kita sudah tahu yang nasib anak kita akan terbela bila kita sudah mula menyimpan untuk masa hadapannya. Peace yo!

So marilah kita melabur untuk pendidikan anak bermula sekarang! Lagi lama kita tunggu, makin tak buat kesudahannya. Makin sikit pulangannya, makin tinggi amaun yang perlu disimpan untuk mendapat target yang dikehendaki.

Untuk info lanjut, hubungi saya ye. Jumpa lagi!

(019-7916848)

** Disclaimer : Post ini adalah pandangan peribadi saya, tiada niat untuk meng’condemn’ pelan insurans/takaful yang sedia ada dalam industri.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya nak cerita tentang pulangan unit trust. Pulangan unit trust ini terbahagi kepada 2 iaitu :

1) Pertumbuhan modal(capital growth)

2) Dividen(distribution)

Hari ini saya nak bincangkan tentang pulangan berbentuk pertumbuhan modal

Merujuk kepada pocket calculator dibawah :

Pelaburan sebanyak RM10,000 secara lump sum

Pelabur A memulakan pelaburan sebanyak RM10,000 secara lump sum.

Jika pulangan unit trust adalah sebanyak 10% setahun(compounding interest), pulangan pelaburan ialah :

1) selepas 5 tahun = RM16,105

2) selepas 10 tahun = RM25,937

3) selepas 15 tahun = RM41,772

Jika amaun yang sama dibiarkan dalam KWSP selepas 15 tahun, pulangan KWSP pada 4% hanyalah RM18,009

Terdapat perbezaan sebanyak RM23,761 !! (RM41,772 – RM18,009)

Perumpamaannya : jika kos haji pada 15 tahun akan datang ialah RM18,000, dan anda biarkan RM10,000 dalam KWSP, anda hanya boleh pergi haji seorang diri saja. Tapi jika anda memulakan pelaburan unit trust sekarang, bukan anda saja, isteri anda pun dah boleh pergi haji! Ada duit poket lagi..  😉

Anda sendiri boleh kira berapa amaun simpanan anda jika anda melabur RM20,000, RM30,000 dan RM100,000 bukan?  😉

Contoh lain :

Pelabur membuat auto-debit sebanyak RM100 tiap-tiap bulan

Pelabur B pula membuat auto-debit sebanyak RM100 tiap-tiap bulan.

Jika pulangan unit trust adalah sebanyak 10% setahun(compounding interest), pulangan pelaburan ialah :

1) selepas 5 tahun = RM7,808

2) selepas 10 tahun = RM20,655

3) selepas 15 tahun = RM41,792

Cuba bayangkan, anda membuat pelaburan RM100 saja tiap-tiap bulan, jumlah simpanan anda selepas 15 tahun ialah RM41,792. Jika anda melabur RM200 tiap-tiap bulan, selepas 15 tahun dah jadi RM83,584. Wow..!

Pelaburan secara DDI(direct debit investment) ini sangat sesuai bagi ibubapa yang mahu menabung bagi tujuan pendidikan anak-anak. Mulakanlah pelaburan sebaik cahaya mata anda lahir kerana jika anda menabung lebih awal, amaun simpanan yang diperlukan lebih kecil. Jika anda melengah-lengahkannya, sudah tentu amaun yang perlu disimpan adalah lebih tinggi tiap-tiap bulan.

Contohnya, anak anda sekarang berumur 1 bulan, dia mempunyai masa 18 tahun lagi sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Jika anda target hendak menyediakan RM120,000 untuk pendidikan, anda hanya perlu menabung RM200 tiap-tiap bulan.

Berbeza pula jika anda hanya teringat untuk menabung pendidikan anak pada masa umurnya 5 tahun, bermakna dia hanya ada masa 13 tahun sebelum melanjutkan pelajaran. Jika anda perlukan RM120,000 untuk pendidikannya, anda perlu menabung sebanyak Rm400 sebulan. Perbezaan sebanyak RM300 tu! Padahal jaraknya hanyalah 5 tahun. Dan amaun ini akan bertambah banyak jika umur anak semakin naik. Anda boleh refer pada pocket calculator diatas dan kira sendiri..

Tujuan saya share info ini ialah supaya menggalakkan orang menabung untuk masa hadapan. Samada untuk persaraan atau tabung pendidikan anak-anak anda.

Percayalah, tiada siapa yang akan menyesal sebab menyimpan, yang banyak menyesal sebab terlebih belanja ada lah.

Sekian.

Salam sayang dari saya…

(019-7916848)

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali,

Apa aktiviti anda di cuti hujung minggu CNY yang panjang?

Saya manfaatkannya bersama keluarga(ahem…3 pagi berjogging di Tasik Merdeka JB) dan juga participate dalam roadshow di Anjung Mydin Nusajaya. Penat tapi berbaloi-baloi rasanya. Badan rasa sihat, prospek pun bertambah  (Woohooo!!!)

Hari ni nak bercerita sikit tentang pulangan.

Bila saya bertemu prospek, mereka tanya “Apa bentuk pulangan yang saya boleh dapat dengan melabur dalam unit trust ni? ”

Pulangan dalam pelaburan unit trust ni ada 2 kategori :

1) Pertumbuhan modal

– key point bila melabur “Buy low, sell high”

– tapi macam mana kes pelabur melabur pada harga yang tinggi?

Jawab saya “Buy high, sell at higher price”.  Saya juga akan advise pelabur supaya membuat pelaburan tiap-tiap bulan melalui auto-debit. Dengan cara ini mereka sebenarnya akan mengamalkan konsep DCA(dollar cost averaging) atau pemurataan kos ringgit. Dengan ini harga unit akan dipuratakan tak kira samada mereka melabur pada harga tinggi atau pun rendah. Jadi bila mereka membuat keputusan untuk menjual, sudah tentu mereka akan dapat pulangan yang baik

2) Pengagihan atau distribution(juga lebih dikenali dengan dividen)

– pengagihan atau dividen ini akan diagihkan kepada para pelabur pada akhir tahun kewangan dana itu.  Perlu ingat bahawa dividen ini bukanlah guaranteed akan di agihkan tiap-tiap tahun. Ianya mengikut prestasi dana yang dilabur, jika prestasi baik maka dividen yang diberi juga adalah banyak. Mengikut prestasi yang lepas, syarikat pengurusan dana yang di promote oleh saya tetap mengagihkan dividen kepada pelabur walaupun pada ketika pasaran saham jatuh pada satu-satu tahun itu. Jadi semakin banyak unit pelaburan anda, semakin banyak juga dividen yang diperolehi!

– Bagi pelaburan tunai, di awal pelaburan anda diberi pilihan samada nak cash-out dividen atau re-invest. Pilihan ditangan anda… Sebaik-baiknya dividen itu di re-invest supaya unit anda bertambah dan anda akan mendapat keuntungan lebih banyak bila anda mahu jual pelaburan anda

– Bagi pelaburan melalui kwsp a/c 1, dividen hanya akan di re-invest secara automatik.

Jadi apa tunggu lagi. Dengan adanya 2 bentuk pulangan ini, sudah tentu anda akan mendapat keuntungan yang sangat baik dalam jangka masa panjang.

Mulakan lah pelaburan sekarang.

Contact saya :

Di talian : 019-7916848 atau email ke : ctshahariah@gmail.com

Umur panjang jumpa lagiii…

Yang sudah melabur dan mendapat keuntungan (*wink*)


Facebook
Twitter
More...