Archive for the ‘Cara-cara melabur unit trust’ Category


Saya tengah ada mood nak berblogging  *wink*

Hari ini saya nak cerita macam mana kita boleh memulakan langkah membuat pelaburan. Basically, terdapat 2 cara untuk melabur :

1) Pelaburan tunai

– Secara lump-sum iaitu anda melaburkan sejumlah wang dan biarkan sehingga sekurang-kurangnya 3 tahun.

РSecara auto-debit iaitu anda boleh memulakan pelaburan serendah RM1000 dan auto-debit dari bank terpilih serendah RM100 tiap-tiap bulan.  Konsep ini dipanggil Dollar Cost Averaging dimana kita menambah pelaburan secara konsisten pada harga unit yang tinggi atau pun rendah. Saya akan bercerita lebih lanjut tentang konsep DCA ini dalam post akan datang,insya Allah

2) Pelaburan dari KWSP a/c 1

– KWSP membenarkan pengeluaran sebahagian dari simpanan a/c 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan.

– Pengeluaran ini boleh dibuat 3 bulan sekali tertakluk pada baki dalam a/c 1

Berbincanglah tentang matlamat pelaburan dengan unit trust consultant anda. Anda juga harus faham tentang risiko, charge yang dikenakan, hak anda semasa cooling-off period dan lain-lain lagi. Anda juga harus ingat bahawa pelaburan unit trust ini mid ke long term. Sekurang-kurangnya melaburlah 3 tahun ke atas, jadi anda akan mendapat kelebihan compounding interest.

Selepas memahami selok-belok pelaburan, barulah anda boleh menurunkan tandatangan/cap jari di borang pelaburan. Borang-borang ini akan di submit oleh unit trust consultant di pejabat Public Mutual atau Public Bank.

Selamat melabur. Semoga langkah awal yang diambil hari ini dapat menjamin masa depan yang cerah di masa hadapan.

Jumpa lagi….