Archive for April, 2012

Hmm..

Antara search keyword yang singgah ke blog saya.

Mungkin penanya mahu tahu antara dana-dana yang memberikan pulangan terbaik dari segi dividen(pengagihan)

Sebenarnya pulangan dividen berbeza antara dana-dana mengikut  objektif pelaburan dana itu.

Ada dana yang memberi pulangan dalam bentuk pertumbuhan modal(capital growth)

Ada dana yang memberi pulangan dalam bentuk dividen(pengagihan)

Ada juga dana yang memberi pulangan dalam bentuk pertumbuhan modal DAN juga dividen

Jadi dividen yang diberi sangat berbeza-beza antara satu dana ke dana lain

Bagi dana yang memberi pulangan dalam bentuk dividen, sudah tentulah pelaburan yang dibuat dijuruskan kepada saham-saham yang boleh memberi pulangan yang baik kepada pelaburnya.

Berjumpalah unit trust consultant untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tajuk ini.

(019-7916848)

Mayday..! Mayday..!

Setiap bentuk pelaburan ada risiko untuk untung atau rugi.

Pelaburan unit trust juga tidak terkecuali.

Kenapa orang boleh rugi melabur unit trust?

1) Terpaksa menjual pada harga yang rendah

– Konsep unit trust “Buy low sell high”.  Adakala pelabur terpaksa menjual pelaburan mereka sebab emergency. Jika terpaksa menjual pada harga rendah dari harga beli, sudah tentulah kita rugi.

2) Hilang fokus pada matlamat pelaburan

– Pada asalnya kita  melabur untuk tabung persaraan. Tetapi baru selang 3 tahun, hati digaru-garu untuk renovate rumah(lepas tengok cik kiah sebelah renovate rumah dia). So hancur leburlah matlamat nak menabung untuk persaraan. Lebih teruk jika kita jual pada harga yang rendah.

3) Nak cepat untung!

– Pelaburan unit trust ni hanya untuk orang-orang yang sabar menunggu hasil pelaburan. Pada yang baru melabur 2-3 tahun dan expect dapat untung yang banyak, unit trust TIDAK SESUAI untuk anda! So sesiapa yang expect nak untung cepat, ada banyak cash in-hand dan high-risk investor, sila melabur terus dalam pasaran saham ye.

4) Terpengaruh dengar kata orang keliling

– Ada pelabur suka mendengar kata saudara dan kawan-kawan dari mendengar kata agen unit trust. Bila pasaran saham turun, mereka cepat-cepat nak jual pelaburan(atas alasan takut rugi lagi banyak). Sebenarnya, dalam unit trust ada konsep switching dimana kita boleh switch pelaburan ke dana bon atau money market sekiranya ekonomi pasaran saham dijangka merudum.  Kita boleh switch untuk lock-profit sahaja atau kesemua sekali unit. Teknik switching tidak terdapat pada pelaburan terus ke kaunter saham.

Conclusion-nya, kita kena SABAR dan mesti FOKUS pada matlamat asal pelaburan.

Kalau pelaburan unit trust ni buat orang rugi :

– agak-agak kerajaan Malaysia bagi ke syarikat pengurus dana beroperasi?

– agak-agak KWSP bagi ke pencarumnya keluarkan sebahagian dari simpanan akaun 1 untuk melabur unit trust?

– agak-agak kenapa ada ramai sangat pelabur yang puas hati dengan pulangan unit trust dan terus menambah pelaburan?

Jumpa lagi!

(019-7916848)

Apa pilihan anda?

Terdapat banyak pilihan untuk kita memulakan simpanan atau pelaburan.

Disini saya turunkan beberapa kaedah menyimpan/melabur serta pros dan cons nya sekali.

Yang pastinya, pilihan terbaik di tangan anda! Tidak semestinya satu kaedah yang berjaya dilakukan orang lain sesuai untuk anda.

1) Akaun simpanan

Pros :

– Akaun senang dibuka

–  Amaun diperlukan untuk membuka akaun adalah minima

– Wang senang dikeluarkan

Cons :

– Wang senang dikeluarkan, matlamat menyimpan selalu tersasar

– Kadar faedah yang rendah

2) Fixed Deposit

Pros :

– Kadar faedah lebih tinggi dari akan simpanan biasa

– Biasanya simpanan terikat selama sebulan, 3 bulan, 6 bulan atau setahun. Duit tidak boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

Cons :

– Kadar faedah biasanya rendah dari pelaburan lain dan sentiasa dibayangi oleh kadar inflasi semasa

– Pengeluaran wang yang tidak fleksibel.

3) Hartanah

Pros :

– Kaedah “menyimpan secara terpaksa” yang efektif

– “Benteng” yang kuat dari inflasi

– Boleh mendapat pulangan yang sangat baik bila pasaran hartanah naik

Cons :

– Perlu modal yang besar pada permulaan

– Perlu mendapatkan pinjaman perumahan kerana harga yang tinggi

– Perlu mencari buyer sesuai jika mahu dijual dan ini memakan masa yang lama

4) Insurans/Takaful Hayat

Pros :

– Kaedah ‘2 in 1’, iaitu menyimpan dan perlindungan yang sangat baik

– Simpanan dilakukan tiap-tiap bulan menjadikan anda ada habit menyimpan yang baik

– Kaedah “menyimpan terpaksa” yang terbukti berkesan

Cons :

– Pulangan yang kurang dari kaedah pelaburan jangka panjang yang lain

– Kurang fleksibel

5) Unit trust

Pros :

– Kaedah pelaburan yang baik untuk pelabur yang suka menyimpan secara tetap

– Amaun pelaburan awal yang minima(walaupun lebih tinggi dari amaun simpanan biasa)

– Pelabur boleh menikmati faedah membuat ringgit cost averaging(RCA)

– Portfolio pelaburan yang seimbang yang dikendalikan oleh pengurus dana profesional

– Pelabur boleh menjual pelaburan pada bila-bila masa bila harganya naik

Cons :

– Yuran atau up-front charges yang mengurangkan nilai pelaburan

– Risiko pasaran saham/kadar faedah/matawang yang turun naik

6) Pasaran saham

Pros :

– Pelaburan yang ‘menyeronokkan’ buat active investors yang mempunyai profail risiko yang tinggi

– Pulangan yang sangat baik apabila aktiviti belian/jualan dilakukan pada harga yang sesuai, pada masa yang betul

Cons :

– Permulaan modal yang banyak diperlukan di awal pelaburan

– Bukan untuk regular investor yang ingin membuat pelaburan tiap-tiap bulan

– Perlu pengorbanan masa untuk mencari info tentang pasaran saham. Jika silap membeli, anda akan kerugian yang banyak.

Buatlah pilihan yang terbaik untuk masa depan anda.

Apa kekurangan unit trust?

Setiap bentuk pelaburan sudah pasti ada kelebihan dan kekurangannya bukan?

Post ini merupakan susulan kepada post Kelebihan Pelaburan Unit Trust sebelum ini.

So apa kekurangan unit trust ni ye?

1) Faktor risiko

– Risiko memang tak dapat dielakkan dalam apa jua bentuk pelaburan. Penting untuk pelabur mengetahui bentuk risiko dalam pelaburan yang ingin dilakukannya. Pendedahan kepada risiko ini dapat memberikan gambaran kepada bentuk pulangan yang bakal diperolehi.

– Antara risiko unit trust ialah risiko turun naik pasaran saham, risiko harga saham, risiko kecairan, risiko matawang, risiko kadar faedah dan risiko tidak -patuh syariah.

Contoh – unit trust dana ekuiti akan terdedah kepada risiko turun naik pasaran saham.  Bagaimana cara nak mengurangkan risiko ini? Caranya ialah mengamalkan RCA(ringgit cost averaging) dengan membuat pelaburan tetap tiap-tiap bulan, melabur dalam jangka panjang, mengamalkan konsep switching  (dari dana ekuiti ke dana bond/money market pada ketika pasaran saham yang tinggi) dan juga asset allocation untuk menyeimbangkan profil pelaburan

2) Faktor tiada kawalan keatas pelaburan

– Ini kerana pelaburan akan dilakukan oleh pengurus dana yang profesional. Jadi pelabur tiada kuasa keatas urusan jual beli portfolio.

– Sebenarnya ada kebaikan diatas kekurangan ini kerana biasanya pelabur unit trust merupakan passive investor. Mereka tiada pengetahuan tentang urusan jual-beli saham, bagaimana nak monitor atau tiada masa untuk monitor. Mereka hanya mahu pulangan yang baik dari pelaburan ini. Jika mereka adalah active investor, sudah tentu ini merupakan kekurangan besar kepada mereka.

3) Faktor yuran pengurusan, yuran pemegang amanah, service charge dan cukai pelaburan

– Ramai yang menyatakan kurang senang terhadap pelaburan unit trust kerana adanya kos-kos diatas.

– Yuran pengurusan, yuran pemegang amanah dan lain-lain yuran adalah merupakan yuran tahunan. Yuran-yuran ini ditolak dari pendapatan kasar dana. Contoh : yuran pengurusan adalah sekitar 0.75 – 1.65%  setahun

– Service charge yang dikenakan pula adalah sekali sahaja pada awal pelaburan(bergantung pada dana yang dipilih). Tiada apa-apa charges dikenakan jika anda menjual pelaburan anda. Charge ini tidak dikenakan tiap-tiap bulan melainkan anda membuat DDI(direct debit investment).

– Ramai yang merungut kos-kos diatas akan mengurangkan pulangan pelaburan. Mereka mengatakan service charge yang dikenakan adalah up-front, awal-awal lagi akan mengurangkan jumlah pelaburan. Ya saya akui, sebab itulah kita perlu ingat bahawa pelaburan unit trust merupakan pelaburan jangka panjang. In fact dalam jangka 1-3 tahun, mungkin kita akan dapati pulangannya sangat sedikit(tidak berbaloi). Tetapi jika kita tetap pada matlamat asal untuk melabur dalam jangka panjang, insya Allah kita akan dapat pulangan yang sangat baik.

Jadi sebelum anda melabur, sentiasalah timbangkan pros and cons sesuatu pelaburan itu. Mungkin pelaburan unit trust tidak sesuai untuk anda(saya akan keluarkan post lain untuk itu).

Selamat melabur!

Kelebihan pelaburan unit trust

1) Pertumbuhan modal

– Dengan adanya ciri pertumbuhan modal pada unit trust, ianya boleh dijadikan sebagai benteng dari inflasi

– Unit trust boleh dijadikan instrumen yang baik untuk menabung bagi persaraan dan juga pendidikan anak-anak.

2) Pengagihan keuntungan(dividen)

– Pelabur boleh menikmati pendapatan ekstra tiap-tiap tahun? Siapa yang tak nak?

3) Switching

– Kenapa perlu switch? Keperluan switching amat diperlukan untuk mengurangkan risiko pasaran saham yang naik atau turun, asset allocation dan juga mengikut keperluan pelabur sendiri. Ciri ini TIADA bagi pelaburan terus dalam pasaran saham, pelaburan emas atau pelaburan hartanah

4) Professional fund manager

– anda tidak perlu stress untuk monitor pasaran saham setiap hari kerana pelaburan unit trust dikendalikan oleh fund manager yang profesional

– pelaburan dalam sektor tertentu hanya dibuat selepas analisa yang terperinci(dari segi keutuhan, prestasi syarikat dan lain-lain)

5) Kepelbagaian pelaburan

– Pernah dengar pepatah “Don’t put all your eggs in one basket”?

– Duit pelabur akan dilaburkan dalam pelbagai sektor saham, bon dan juga pasaran matawang untuk mengurangkan risiko

6) Purata 10% pulangan setahun

– Prestasi yang lebih baik dari fixed deposit dan KWSP

– benteng dari inflasi(kerajaan menyatakan kadar inflasi semasa = 3%)

– peluang amat baik untuk menambah aset anda

7) Kecairan

– Unit boleh dibeli dan jual pada bila-bila masa, jadi anda boleh menjual pelaburan pada bila-bila masa

– Tidak perlu mencari penjual atau pembeli(tidak seperti pelabur emas fizikal)

– Boleh menjual separuh atau kesemua unit

8) Simpanan/Pelaburan secara tetap tiap-tiap bulan

– Amalan RCA(ringgit cost averaging) untuk menambah pelaburan dan menguntungkan pelabur dalam jangka panjang

– Tiada pada pelaburan terus pasaran saham, pelaburan emas atau pelaburan hartanah

9) Perlindungan takaful percuma

– 3-in-1 concept.

– Simpanan, pelaburan dan free takaful. (Yang meliputi group term life, total permanent disablility dan group personal accident)


There you go! Menarik bukan…?

Jumpa lagi