Archive for March, 2012

Assalamualaikum,

Seperti artikel lalu, pulangan dari pelaburan unit trust adalah dari 2 jenis iaitu :

1) Capital growth atau pertumbuhan modal

2) Distribution atau dividen

Bagaimana cara pengiraan pulangan dividen?

Amaun pelaburan = NAV (net asset value) X No of units

Bila kita melabur, kita akan dapat unit. Objektif pelaburan unit trust yang paling penting ialah untuk mengumpul unit sebanyak-banyak yang boleh.

Kenapa?

Kerana dividen akan dikira mengikut berapa amaun distribution dan juga bilangan unit.

Contoh :

NAV pada 1/1/2007 = 0.5815

Amaun pelaburan permulaan = RM100,000 (Cash)

Jumlah pelaburan sebenar(selepas ditolak service charge 5.5%) = RM94,786.72

Jumlah unit terkumpul

= 94,786.72 / 0.5815

= 163, 003.81 units

Berikut pula adalah dividen unit trust yang di umumkan pada tahun akhir kewangan dana mengikut tahun :

Tahun Distribution(sen) Amaun dividen(RM)
2007 6.5 sen RM10,595.25   (163,003.81 X 0.065)
2008 10.0 sen RM16,300.38   (163,003.81 X 0.1)
2009 7.5 sen RM12,225.29   (163,003.81 X 0.075)
2010 8.0 sen RM13,040.30   (163,003.81 X 0.08)
2011 Jual pelaburan (NAV : 0.7439) RM121,258.53 (163,003.81 X 0.7439)


Jumlah dividen terkumpul dari 2007 – 2010 = RM52,161.62

Jumlah pulangan unit trust dari 2007-2010(termasuk dividen)

= RM121,258.53 + RM52,161.62

RM173,419.75 (total return ~ 73% dalam masa 5 tahun)

Pulangan dividen ini boleh dilaburkan semula atau di tunaikan mengikut kemahuan pelabur (bagi pelaburan tunai).

Jika dividen dilaburkan semula, kita boleh mengumpul lebih banyak unit dari tahun ke tahun. Jadi sudah tentulah jumlah pulangan  lebih tinggi apabila kita menjual pelaburan ini.

Mari kita bandingkan pulangan dari Fixed Deposit mengikut jumlah simpanan yang sama(RM100,000)

Tahun Kadar Faedah (%) Amaun dividen(RM)
2007 3.7 % RM3,700          (100,000 X 3.7 %)
2008 3.7 % RM3,700          (100,000 X 3.7 %)
2009 2.5 % RM2,500          (100,000 X 3.7 %)
2010 2.85% RM2850           (100,000 X 3.7 %)
2011 3.7 % RM3,700          (100,000 X 3.7 %)

Jumlah faedah terkumpul dari 2007 – 2011 = RM16,450

Jumlah simpanan + faedah = RM116,450 (total return ~ 16% dalam masa 5 tahun)

Dari contoh diatas, perbandingan yang jelas dapat dilihat iaitu adalah amat menguntungkan jika melabur dalam unit trust berbanding fixed deposit.

Fixed deposit tiada pertumbuhan modal atau dividen, yang ada hanyalah kadar faedah.

Dengan pelaburan unit trust anda juga boleh menikmati pulangan dividen yang baik setiap tahun(bergantung kepada prestasi pelaburan dana yang dipilih)

Bak kata kartun Dilbert :

Berbaloi-baloi!

Bestkan?

Yang pentingnya matlamat pelaburan kita mestilah jelas. Apa tujuan kita melabur?

1) Pertumbuhan modal?

2) Pendapatan dividen?

3) Kedua-duanya sekali?

Bila dah jelas barulah unit trust consultant boleh memilih dana yang sesuai dengan matlamat pelabur.

Ok, Jumpa lagi…

(019-7916848)

Assalamualaikum,

(Post ini susulan dari post saya sebelum ini.)

Tidak ramai antara kita yang akan memikirkan betul-betul tentang persaraan kita.

Ada yang kata “Aku masih muda, ada 30 tahun lagi nak bersara. Masih lama lagi” atau “Apa susah anak-anak kan ada”.

Agak-agak apa sumber kewangan yang anda boleh fikirkan sekarang untuk persaraan kelak?

Ramai yang kata KWSP, pencen, simpanan, insurans/takaful, hartanah dan anak-anak.

Soalan saya, Cukup Ke? untuk kita harungi persaraan hingga umur 70-80-90 tahun?

Jom kita tengok satu-satu alternatif yang ada dan kenapa saya kata tidak cukup.

1) KWSP

  • Kajian menunjukkan bahawa purata rakyat Malaysia hanya akan perolehi RM135,000 wang simpanan KWSP pada umur 55 tahun.
  • Nampak banyak, tapi tahukah anda rata-rata pesara akan menghabiskan wang itu dalam masa 2 tahun sahaja! Apa akan jadi pada anda selepas itu? Anda masih ada 15-20 tahun lagi dalam persaraan!
  • Kenapa wang KWSP tidak cukup? Kerana kita telah diberi kelonggaran oleh KWSP untuk mengeluarkan wang sebelum umur 55 tahun, untuk membeli rumah, mengurangkan pinjaman perumahan, menanggung perubatan atau pendidikan anak-anak.
  • So, Cukup ke?

2) Pencen

  • Jumlah pencen yang dapat hanyalah separuh dari gaji terakhir anda. Itu pun sekiranya anda bekerja dengan kerajaan pada tempoh-tempoh tertentu. Anda dah biasa dengan lifestyle RM5000 sebulan(contoh) dan kini terpaksa hidup dengan lifestyle RM2500 sahaja? Inikah yang anda mahukan?
  • So, Cukup ke?

3) Simpanan sendiri

  • Kajian menunjukkan cuma 39% rakyat Malaysia yang betul-betul mempunyai tabiat menabung untuk persaraan. Yang lain?
  • Ada juga client yang saya jumpa menabung dalam Fixed Deposit. FD bukan tidak bagus. Pulangan terjamin, tapi adakan pulangannya tinggi? Adakah pulangannya dapat menyaingi kadar inflasi? Buat pengetahuan, FD bagus dijadikan simpanan kecemasan jangka pendek. Untuk jangka panjang seperti persaraan, this option is out.
  • So, Cukup ke?

4) Insurans/takaful

  • Terdapat 2 jenis utama produk insurans/takaful iaitu term life dan investment-linked.
  • Term life akan bayar pampasan kepada waris selepas anda meninggal dunia. Anda dapat duit itu? Sudah tentu tidak. Premiumnya rendah dan sesuai bagi mereka yang mahukan protection sahaja
  • Investment-linked pula terdapat 2 dalam 1 iaitu protection dan juga pelaburan. Ramai antara kita akan mengambil polisi sebegini memikirkan kita sendiri akan dapat pulangan setelah matangnya polisi itu. Tapi perlu ingat premium yang dibayar adalah tinggi dan sebahagian besar akan digunakan untuk protection bukannya pelaburan. Jadi wang pelaburan yang anda dapat hasil pelaburan nanti tidaklah begitu banyak.
  • So, Cukup ke?

5) Hartanah

  • Memadai ke jika anda hanya mempunyai satu atau dua rumah sewa? Pulak tu terletak jauh dari bandar? Atau satu rumah di lokasi baik yang anda boleh jual untuk menyara diri  10 atau 20 tahun lagi lepas bersara nanti?
  • Kecualilah anda mempunyai lebih dari 5 buah rumah  yang terletak di lokasi strategik dan menjadi impian ramai orang untuk memilikinya!
  • So, Cukup ke?

6) Anak-anak

  • Agak pelik untuk menyatakan kita boleh bergantung harap pada anak lepas bersara kelak. Zaman sudah berubah. Pada zaman sekarang pun sudah kedengaran cerita-cerita tidak enak ditelinga bagaimana seorang ayah di halau dari rumah, ibubapa hidup dalam keadaan dhaif tidak dipedulikan anak-anak. Begitu juga fenomena menghantar ibubapa ke rumah orang-orang tua. Apa lagi pada zaman akan datang? Yang pastinya kita memang tidak boleh mengharap dapat bergantung pada anak-anak atas alasan jerit-payah membesarkan mereka dahulu. Pernah dengar kata-kata “No Money, No Love, No Respect” ? Ada wang semua sayang, tiada wang, semua lari!
  • So, boleh ke?

Cukup Ke...?

Mungkin ada yang kata, campur-campur KWSP/Pencen, simpanan, insurans/takaful, rumah sewa dan anak-anak, boleh la nanti aku survive. Ingin ke anda meletakkan harapan yang samar sebegitu untuk masa depan anda sendiri?

Fikir-fikirkan lah. Apa alternatif lain yang anda ada?

Jika anda ingin tahu alternatif lain yang boleh menolong menggandakan wang simpanan persaraan anda, sila hubungi saya ye!

Jumpa lagi,

(019-7916848)

The key to successful retirement

Assalamualaikum,

Setiap hari yang dilalui, kita semakin menghampiri dunia persaraan.

Sudahkah anda bersedia untuk bersara? Atau ada yang mahu bekerja selagi hayat dikandung badan?

Langkah-langkah merancang persaraan, kenalpasti :

1) Bila

  • Berapa tahun lagi anda akan bersara?

2) Pertimbangkan

  • Berapa amaun tabung persaraan diperlukan ? Faktor yang perlu dipertimbangkan ialah keadaan jangka hayat kita yang bertambah, bila kita betul-betul akan bersara dan lifestyle selepas persaraan yang diimpikan?

3) Taksirkan

  • Berapa simpanan semasa/nilai pelaburan/caruman KWSP yang ada?

4) Strategi

  • Berapa lump sum cash yang boleh disimpan atau dilaburkan?
  • Berapa simpanan tiap-tiap bulan boleh dilaburkan? (DDI – direct debit investment)
  • Berapa boleh dilaburkan dari caruman KWSP semasa?

Kenapa kita perlu menyimpan dari sekarang? Kerana sebenarnya simpanan KWSP atau pencen tidak mencukupi untuk kita lalui hari-hari persaraan dengan lifestyle yang kita inginkan. Sudah tentu kita tidak mahu downgrade lifestyle sekarang bila bersara bukan?

Sebab apa tidak cukup ? 

1) Kos perubatan semakin meningkat 

Quote dari akhbar TheStar pada 14 March 2009

“Global medical inflation averages about 10%  each year!”

2) Kadar inflasi juga naik dari tahun ke tahun

Jika anda mempunyai RM100,000 sekarang dan kadar inflasi ialah 4% setahun, mengikut Rule 72, anda nilai wang itu hanya tinggal RM50,000 dalam masa 18 tahun!

3) Kadar hayat rakyat Malaysia juga kini dilaporkan sekitar 72 tahun bagi lelaki dan 75 tahun bagi wanita.

Kita akan menempuhi 15 tahun dalam persaraan sekiranya kita bersara pada umur 55 tahun!

Jika purata perbelanjaan bulanan yang diperlukan ialah RM3500, dan anda ada 15 tahun dalam persaraan, anda perlu ada simpanan sebanyak RM851,427!! Amaun ini akan bertambah berganda-ganda jika anda hidup lebih lama.

Apa sumber pendapatan selepas persaraan?

1) Bergantung pada anak-anak?

  • Anak-anak telah dewasa dan mungkin sudah mempunyai keluarga sendiri dan memerlukan komitmen yang banyak. Perlukah kita membebankan anak-anak?
2) Skim pencen
  • Jika anda pesara kerajaan, anda ada pencen. Tapi cukupkah duit pencen tu? Amaun pencen yang diterima setiap bulan hanyalah setengah dari gaji terakhir anda!
3) Sara diri sendiri
  • Dari KWSP/Simpanan sendiri/Pelaburan/Insurans yang telah matang
4) Jangan berhenti bekerja
  • Bekerja selagi anda layak dan sihat.

Mana satu pilihan anda? Pilihan saya sudah tentulah No 3(sara diri sendiri)
Saya pasti semua orang juga jika boleh akan memilih no 3. Mungkin sekarang anda ada KWSP, simpanan serba sedikit dan juga insurans/takaful yang akan matang pada umur 55/60 tahun.
Jika anda belum memulakan pelaburan, mulailah SEKARANG!
Anda sudah penat bekerja untuk menyimpan wang, kenapa tidak anda biarkan wang itu pula bekerja keras untuk anda?
  • Melabur lah secara konsisten(buat direct debit investment tiap-tiap bulan atau keluarkan dari KWSP tiap-tiap 3 bukan sekali ke akaun pelaburan)
  • Sentiasa pantau portfolio pelaburan anda, supaya ianya mencapai objektif pelaburan jangka panjang anda
  • Bersabarlah menunggu pulangan pelaburan. Pelaburan unit trust biasanya akan menunjukkan pulangan yang baik selepas 5 tahun ke atas.
Bertindaklah sekarang untuk mendapat persaraan yang anda impikan..
Jumpa lagi!

(019-7916848)