Cara-cara mengeluarkan KWSP a/c 1 untuk pelaburan unit trust

Posted: 8 February 2012 in Info pelabur KWSP
Tags:

Assalamualaikum,

Tahukah anda bahawa anda boleh mengeluarkan sebahagian dari simpanan KWSP a/c 1 untuk tujuan pelaburan unit trust?

Hari ini saya akan share syarat-syarat dan cara-caranya.

Ahli KWSP boleh melabur tidak melebihi 20% dari jumlah yang melebihi simpanan asas dari akaun 1 melalui syarikat pengurusan dana yang terpilih.

Simpanan asas adalah simpanan dalam akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120,000 ketika mencapai umur 55 tahun (simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum umur 55 tahun)

Berikut adalah jadual simpanan asas mengikut umur :


UMUR (TAHUN)

SIMPANAN ASAS (RM) 

UMUR (TAHUN)

SIMPANAN ASAS (RM)

18

1,000.00

37

34,000.00

19

2,000.00

38

37,000.00

20

3,000.00

39

41,000.00

21

4,000.00

40

44,000.00

22

5,000.00

41

48,000.00

23

7,000.00

42

51,000.00

24

8,000.00

43

55,000.00

25

9,000.00

44

59,000.00

26

11,000.00

45

64,000.00

27

12,000.00

46

68,000.00

28

14,000.00

47

73,000.00

29

16,000.00

48

78,000.00

30

18,000.00

49

84,000.00

31

20,000.00

50

90,000.00

32

22,000.00

51

96,000.00

33

24,000.00

52

102,000.00

34

26,000.00

53

109,000.00

35

29,000.00

54

116,000.00

36

32,000.00

55

120,000.00

Contoh :

Ali berumur 30 tahun dan beliau mempunyai simpanan KWSP akaun 1 sebanyak RM50,000

Oleh itu beliau layak untuk mengeluarkan untuk melabur sebanyak :

= (RM50,000 – RM18,000) X 20%

= RM6,400

Yang menariknya anda boleh membuat pengeluaran ini setiap tiga bulan selepas tarikh pengeluaran sebelumnya.

Jadi sudah tentulah jumlah pelaburan anda akan bertambah banyak dari tahun ke tahun kan?

Dah cerita tentang syarat, macam mana cara-cara nak melabur ye?

Ok anda hanya perlu sediakan fotostat IC depan belakang dan mengisi borang-borang ini:

1) Borang KWSP 9N

2) Borang pelabur baru/FIMM(bagi yang membuat pelaburan kali pertama)

3) Borang pelaburan KWSP

Senang bukan? Setelah mengetahui formula diatas, anda hanya perlu tahu berapa amaun simpanan a/c 1 terkini dan anda sudah boleh mula melabur.

Apa faedah melabur dalam unit trust dibanding biarkan simpanan dalam KWSP? Antara faedah nya :

1)  KWSP memberi dividen yang rendah. Dalam 5 tahun kebelakangan ini, pulangan dividen hanya sekitar 4% ke 5% setahun sahaja. Pelaburan unit trust mengikut prestasi sebelum ini dapat memberi pulangan lebih dari 10% setahun(malah ada yang lebih dari itu).  Jadi sudah tentulah simpanan persaraan anda akan lebih berganda jika anda melabur.

2) Simpanan KWSP adalah tidak berlandaskan syariah. Anda boleh baca entry saya sebelum ini di sini > https://islamicunittrust4u.wordpress.com/2012/01/10/pelaburan-kwsp-tidak-berlandaskan-syariah-2/

Manakala syarikat pengurusan dana saya ada menawarkan islamic unit trust yang berlandaskan syariah. Sudah tentulah kita mahukan pulangan yang halalan thoyyiban kan..?

Mahu info lanjut? Hubungi saya ye…

Jumpa lagii…    😉

(019-7916848)


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s