Ulasan buku : Retire Rich (Azizi Ali)

Posted: 2 February 2012 in Ulasan Buku
Tags:

Assalamualaikum,

Saya adalah seorang peminat penulis kewangan tersohor Malaysia iaitu Azizi Ali. Terdapat 7 buah buku tulisan beliau ada dalam simpanan saya. Bermula dari “Millionaires are from different planet”, saya terus ‘jatuh cinta’ dengan penulisan beliau yang bersahaja, kelakar tapi bernas.

Hari ini saya ingin mengulas buku beliau bertajuk “Retire Rich”.

Dalam buku ini, beliau menegaskan bahawa:

1) 90% kebarangkalian yang kita tidak mempunyai cukup wang selepas persaraan.

2) 90% pencarum kwsp mempunyai kurang dari RM60,000 dalam akaun mereka bila mereka bersara(58% darinya hanya ada kurang dari RM10000 dalam akaun mereka!! Alamak..!!)

3) 38% pekerja tiada skim pencen atau akaun KWSP langsung!(ini bagi mereka yang bekerja sendiri)

Buku ini juga menerangkan 5 strategi untuk mencukupkan wang persaraan sebelum masanya tiba, bagaimana untuk mempunyai pendapatan tambahan dan 5 perkara untuk dibuat sekiranya masa persaraan sudah terlalu dekat & anda masih tidak bersedia untuknya.

Bahagian menarik yang saya ingin kongsikan ialah 10 cara bagaimana kita boleh menyimpan untuk persaraan. Antara tips yang diberi :

1) Buatlah komitmen untuk ‘retire-rich’

2) Buatlah perancangan bagaimana nak ‘retire-rich’

3) Bayar diri anda dahulu(Beliau stress “pay yourself first” sampai 3 kali!!!)

4) Simpan secara automatik(buatlah standing instruction/auto-debit untuk menyimpan)

5) Maksimakan sumbangan majikan untuk caruman KWSP anda(ini agak sukar dibuat kecualilah anda boss di company sendiri)

6) Langsaikan hutang-hutang anda(terutamanya hutang kad kredit yang interest tinggi melampau sampai 18% setahun tu)

7) Jangan tambah hutang(sendiri mau ingat aa….)

8) Tambah pendapatan anda(buat kerja part-time, tulis buku etc)

9) Jangan cepat terpengaruh dengan skim cepat kaya(fokus long-term kepada waktu persaraan anda)

10) Pantaulah progres dan tukar strategi jika perlu

Menariknya buku ini, disediakan juga worksheet cara-cara untuk anda mengira wang yang diperlukan selepas persaraan.

Pada chapter 15(preparing for retirement) beliau memberi cadangan bagaimana kita perlu bersedia menghadapi persaraan. Yang menariknya, tak kiralah samada 5 ke 20 tahun lagi sebelum kita bersara, salah satu cadangan beliau ialah “Start investing in selected unit trust” (woot! woot! ring a bell..??)

So jika berminat nak tahu lebih lanjut pasal pelaburan unit trust, janganlah malu untuk contact saya ye…   😉

Yang meminati Azizi Ali,

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s