5 sebab kenapa kita tidak kaya

Posted: 1 February 2012 in Sesi motivasi
Tags:

Salam ukhwah,

Wow..hot topic hari nih.

Rumusan ini saya dapat dari laman web pakar motivasi, training & development Brian Tracy(www.briantracy.com)

5 sebab kenapa kita tidak kaya :

1) Who ?.. Me..?

Orang biasa dibesarkan dalam keluarga yang tidak kenal atau jumpa sesiapa yang kaya.  Mereka ke sekolah dan berkawan dengan orang yang tidak kaya.  Mereka bekerja dengan orang yang tidak kaya malah tiada role model orang yang kaya dalam hidup mereka.

Oleh itu mereka tidak pernah terfikir  untuk jadi kaya. Dan mereka tidak terfikir untuk mencari jalan menjadi kaya!

Mereka yang membesar dalam keluarga yang ibubapa mereka kaya adalah berkemungkinan besar untuk jadi kaya dari mereka yang membesar dalam keluarga yang biasa-biasa sahaja.

2) Membuat keputusan

Sebab kedua ialah mereka tidak pernah membuat keputusan untuk menjadi kaya. Walaupun mereka telah membaca buku tentang menambah kekayaan, menghadiri kursus/seminar tentang kekayaan atau bergaul dengan orang yang kaya, mereka takkan jadi kaya jika mereka tidak mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang berlainan yang akan mengubah kehidupan mereka.

Mereka takkan berubah selagi tidak memulakan langkah pertama walaupun ilmu teori telah dipenuh didada. Jika mereka terus melakukan perkara yang sama tiap-tiap hari, mereka akan terus dapat apa yang mereka dapat hari ini.

Mereka tiada commitment untuk berjaya, mereka hanya mahu, berharap dan berdoa untuk kaya. Mereka tidak membuat keputusan bahawa “Saya akan berubah dan jadi kaya & berjaya!!”

3) Err..mungkin esok?

Sebab ketiga orang tidak menjadi kaya ialah sikap suka bertangguh.

Mereka sentiasa mencari jalan untuk tidak memulakan sesuatu yang mereka patut buat sekarang. Market tak bagus la, keadaan semasa tak bagus lah, salah tahun/bulan lah.  Ada saja sebab untuk bertangguh. Hari berganti bulan, bulan berganti tahun, sampai sudah terlambat pun tidak bertindak-tindak lagi.

Walaupun mereka tahu mereka berpotensi untuk jadi kaya dan mengambil keputusan untuk jadi kaya, keadaan mereka tidak akan berubah selagi mereka ada sikap bertangguh ini.

4) Pay the price

Sebab keempat orang tidak menjadi kaya ialah mereka mahu terus mendapat kepuasan berbelanja, berbelanja dan  berbelanja! Mereka suka menghabiskan wang dan menggunakan kad kredit secara berleluasa untuk membeli barang-barang yang bukan keperluan. Selalunya golongan ini ialah mereka tiada habit “Pay yourself first”. Mereka penat-penat bekerja dan terus berbelanja bila gaji masuk. Mereka tidak akan jadi kaya jika beginilah lifestyle mereka.

5) Take the long view

Sebab kelima pula ialah mereka tiada perancangan jangka panjang. Mereka tiada perancangan ketika membuat keputusan penting dalam kehidupan mereka. Kajian yang dibuat ialah mengenai perspektif masa iaitu berapa jauh mereka merancang masa depan bila mereka membuat keputusan samada untuk buat sesuatu atau tidak pada masa ini. Contoh ibubapa yang prihatin tentang kos pelajaran anak mereka akan mengenepikan sejumlah wang tiap-tiap bulan ketika anak masih bayi lagi untuk membiayai pembelajaran anak mereka bertahun-tahun akan datang.

Golongan ini biasanya akan berkorban sekarang untuk kesenangan di kemudian hari.

Jadi apa perasaan anda sekarang bila membaca post ini. Anda mahu jadi kaya atau jadi miskin?  😉

                       VS         

 

 

 

 

Yang berusaha keras untuk meng’kaya’kan diri,

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s