Bicara Santai : Awesome Customer Service

Posted: 31 January 2012 in Sesi motivasi
Tags:

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera,

Selepas pulang dari ofis semalam, saya singgah di kedai menjual barang jahitan & pengantin di kawasan rumah. Tujuannya nak beli reben warna peach(yang akan digunakan untuk menghias barang hantaran pertunangan anak saudara di KL hujung minggu ini).

Selalunya kedai itu tutup pada waktu malam. Tapi bila saya sampai sekitar jam 6 petang, taukeh cina kedai telah pun menutup lampu dan menarik pintu kedai untuk dikunci. Alamak…!! Macam mana ni?? Malam ni kena buat, dah takda masa lagi.

Saya terus turun dan berlari anak ke arah taukeh Cina tersebut. Berikut perbualan saya dengan taukeh Cina itu :

Saya : Taukeh sudah mau tutup ke? Saya mau beli reben saja.

Taukeh : Ya, saya ada open house CNY sekarang. Itu sebab saya mau tutup awal. Ok ok tak apa..saya cari kasi you. (dengan rela hatinya membuka balik pintu dan lampu)

Taukeh cina terus meluru ke arah simpanan reben dan bersungguh-sungguh mencari reben warna peach. Setelah 5 minit mencari dan tidak jumpa juga, dia menyuruh pekerja nya untuk mencari pula. Nak dijadikan cerita reben warna peach boleh ‘menyorok’ pulak masa itu. Akhirnya setelah 10 minit baru pekerjanya jumpa reben peach itu dan terus menyerahkan kepada saya.

Saya membayar kepada taukeh Cina sambil minta maaf kerana menyusahkan dan melambatkan dia(sambil wish Happy CNY). Dia kata “Tak apa…hal kecik saja maa” (sambil tersenyum mesra)

Pengajaran yang saya dapat (walaupun harga reben tersebut hanya rm2.20) :

1) Taukeh cina itu sendiri mencari untuk saya walaupun dia mahu pergi ke open house

2) Setelah gagal, dia tidak mengatakan “Tidak ada” malah dia minta pulak pekerjanya untuk mencari lagi

3) Dia tidak menilai harga yang kecil(rm2.20) tapi demi menjaga hati customer, dia sanggup tangguh untuk tutup kedai. Bagi peniaga yang tidak pandai menjaga hati customer sudah tentu tak mahu buat seperti beliau. Dah la nak beli 1 barang saja, murah pulak tu. Baik tutup aje dan pergi sekarang.

This is what i called “Awesome Customer Service”

Saya berazam untuk memberi awesome customer service kepada pelabur-pelabur unit trust saya. Peristiwa ini mungkin kecil bagi sesetengah orang, tapi bagi saya sekiranya saya memberi servis terbaik kepada pelanggan saya, sudah tentunya ia akan dikenang dan mereka akan datang kepada saya untuk menambah pelaburan di masa hadapan ataupun memberi referral prospek lain pula.

Sekian hingga berjumpa lagi..

Yang berazam untuk memberi yang terbaik,

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s