Archive for January, 2012

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera,

Selepas pulang dari ofis semalam, saya singgah di kedai menjual barang jahitan & pengantin di kawasan rumah. Tujuannya nak beli reben warna peach(yang akan digunakan untuk menghias barang hantaran pertunangan anak saudara di KL hujung minggu ini).

Selalunya kedai itu tutup pada waktu malam. Tapi bila saya sampai sekitar jam 6 petang, taukeh cina kedai telah pun menutup lampu dan menarik pintu kedai untuk dikunci. Alamak…!! Macam mana ni?? Malam ni kena buat, dah takda masa lagi.

Saya terus turun dan berlari anak ke arah taukeh Cina tersebut. Berikut perbualan saya dengan taukeh Cina itu :

Saya : Taukeh sudah mau tutup ke? Saya mau beli reben saja.

Taukeh : Ya, saya ada open house CNY sekarang. Itu sebab saya mau tutup awal. Ok ok tak apa..saya cari kasi you. (dengan rela hatinya membuka balik pintu dan lampu)

Taukeh cina terus meluru ke arah simpanan reben dan bersungguh-sungguh mencari reben warna peach. Setelah 5 minit mencari dan tidak jumpa juga, dia menyuruh pekerja nya untuk mencari pula. Nak dijadikan cerita reben warna peach boleh ‘menyorok’ pulak masa itu. Akhirnya setelah 10 minit baru pekerjanya jumpa reben peach itu dan terus menyerahkan kepada saya.

Saya membayar kepada taukeh Cina sambil minta maaf kerana menyusahkan dan melambatkan dia(sambil wish Happy CNY). Dia kata “Tak apa…hal kecik saja maa” (sambil tersenyum mesra)

Pengajaran yang saya dapat (walaupun harga reben tersebut hanya rm2.20) :

1) Taukeh cina itu sendiri mencari untuk saya walaupun dia mahu pergi ke open house

2) Setelah gagal, dia tidak mengatakan “Tidak ada” malah dia minta pulak pekerjanya untuk mencari lagi

3) Dia tidak menilai harga yang kecil(rm2.20) tapi demi menjaga hati customer, dia sanggup tangguh untuk tutup kedai. Bagi peniaga yang tidak pandai menjaga hati customer sudah tentu tak mahu buat seperti beliau. Dah la nak beli 1 barang saja, murah pulak tu. Baik tutup aje dan pergi sekarang.

This is what i called “Awesome Customer Service”

Saya berazam untuk memberi awesome customer service kepada pelabur-pelabur unit trust saya. Peristiwa ini mungkin kecil bagi sesetengah orang, tapi bagi saya sekiranya saya memberi servis terbaik kepada pelanggan saya, sudah tentunya ia akan dikenang dan mereka akan datang kepada saya untuk menambah pelaburan di masa hadapan ataupun memberi referral prospek lain pula.

Sekian hingga berjumpa lagi..

Yang berazam untuk memberi yang terbaik,

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali,

Apa aktiviti anda di cuti hujung minggu CNY yang panjang?

Saya manfaatkannya bersama keluarga(ahem…3 pagi berjogging di Tasik Merdeka JB) dan juga participate dalam roadshow di Anjung Mydin Nusajaya. Penat tapi berbaloi-baloi rasanya. Badan rasa sihat, prospek pun bertambah  (Woohooo!!!)

Hari ni nak bercerita sikit tentang pulangan.

Bila saya bertemu prospek, mereka tanya “Apa bentuk pulangan yang saya boleh dapat dengan melabur dalam unit trust ni? ”

Pulangan dalam pelaburan unit trust ni ada 2 kategori :

1) Pertumbuhan modal

– key point bila melabur “Buy low, sell high”

– tapi macam mana kes pelabur melabur pada harga yang tinggi?

Jawab saya “Buy high, sell at higher price”.  Saya juga akan advise pelabur supaya membuat pelaburan tiap-tiap bulan melalui auto-debit. Dengan cara ini mereka sebenarnya akan mengamalkan konsep DCA(dollar cost averaging) atau pemurataan kos ringgit. Dengan ini harga unit akan dipuratakan tak kira samada mereka melabur pada harga tinggi atau pun rendah. Jadi bila mereka membuat keputusan untuk menjual, sudah tentu mereka akan dapat pulangan yang baik

2) Pengagihan atau distribution(juga lebih dikenali dengan dividen)

– pengagihan atau dividen ini akan diagihkan kepada para pelabur pada akhir tahun kewangan dana itu.  Perlu ingat bahawa dividen ini bukanlah guaranteed akan di agihkan tiap-tiap tahun. Ianya mengikut prestasi dana yang dilabur, jika prestasi baik maka dividen yang diberi juga adalah banyak. Mengikut prestasi yang lepas, syarikat pengurusan dana yang di promote oleh saya tetap mengagihkan dividen kepada pelabur walaupun pada ketika pasaran saham jatuh pada satu-satu tahun itu. Jadi semakin banyak unit pelaburan anda, semakin banyak juga dividen yang diperolehi!

– Bagi pelaburan tunai, di awal pelaburan anda diberi pilihan samada nak cash-out dividen atau re-invest. Pilihan ditangan anda… Sebaik-baiknya dividen itu di re-invest supaya unit anda bertambah dan anda akan mendapat keuntungan lebih banyak bila anda mahu jual pelaburan anda

– Bagi pelaburan melalui kwsp a/c 1, dividen hanya akan di re-invest secara automatik.

Jadi apa tunggu lagi. Dengan adanya 2 bentuk pulangan ini, sudah tentu anda akan mendapat keuntungan yang sangat baik dalam jangka masa panjang.

Mulakan lah pelaburan sekarang.

Contact saya :

Di talian : 019-7916848 atau email ke : ctshahariah@gmail.com

Umur panjang jumpa lagiii…

Yang sudah melabur dan mendapat keuntungan (*wink*)


Facebook
Twitter
More...

Tahniah jika anda berminat untuk melabur atau telah pun melabur ! **Clap! Clap!Clap!**

Tahukan anda terdapat beberapa charges yang dikenakan keatas pelabur dalam pelaburan unit trust?

1) Pada awal pelaburan, syarikat pengurusan dana akan mengenakan service charge mengikut kategori dana.

Untuk pelaburan secara tunai dalam dana ekuiti, biasanya service charge adalah dalam lingkungan 5-6% dari amaun pelaburan(service charge ini berbeza mengikut syarikat pengurusan dana)

Untuk pelaburan secara pengeluaran kwsp a/c 1 dalam dana ekuiti, service charge yang dikenakan pula ialah 3%

Untuk pelaburan dalam dana bon dan money market pula, service charge yang dikenakan ialah 0.25%(untuk kedua-dua pelaburan secara tunai atau kwsp)

2) Selain service charge, setiap tahun caj pengurusan tahunan juga akan dikenakan bagi menampung kos pengurusan dana dan juga yuran pemegang amanah. Jumlahnya pula ialah kira-kira 1-2% yang dikira dari keuntungan kasar tahunan.

3) Caj switching sebanyak MR25 juga akan dikenakan kepada pelabur yang ingin membuat pertukaran dana.

Switching dilakukan sekiranya pelabur ingin ‘lock profit’ setelah mencapai keuntungan semasa harga unit tinggi atau jika pelabur menukar risk profile(dahulu aggressive, sekarang mungkin moderate risk) atau jika pelabur mahu rebalance portfolio dana dengan konsep asset allocation. (Tanya unit trust consultant anda untuk mengetahui lebih lanjut ye…)

4) Bagi pelaburan secara tunai, pelabur boleh menukar hakmilik pelaburannya kepada keluarga terdekat. Caj pertukaran yang dikenakan ialah RM25 untuk setiap pertukaran

5) wow…banyaknya charges yang dikenakan ye. Okay untuk menenangkan anda, TIADA sebarang charge akan dikenakan kepada pelabur yang ingin menjual semula pelaburannya. Phew..!!

Pesan saya, jangan jadikan charges ini sebagai satu halangan untuk anda memulakan pelaburan. Sebab keuntungan jangka panjang adalah lebih berbaloi jika anda melabur dengan bijak dan memulakannya sekarang

Untuk info lanjut tentang charges ini, anda boleh refer pada master prospektus yang disediakan oleh syarikat pengurusan dana. Unit trust consultant anda boleh menerangkannya kepada anda.

Selamat melabur….  =)


Saya tengah ada mood nak berblogging  *wink*

Hari ini saya nak cerita macam mana kita boleh memulakan langkah membuat pelaburan. Basically, terdapat 2 cara untuk melabur :

1) Pelaburan tunai

– Secara lump-sum iaitu anda melaburkan sejumlah wang dan biarkan sehingga sekurang-kurangnya 3 tahun.

– Secara auto-debit iaitu anda boleh memulakan pelaburan serendah RM1000 dan auto-debit dari bank terpilih serendah RM100 tiap-tiap bulan.  Konsep ini dipanggil Dollar Cost Averaging dimana kita menambah pelaburan secara konsisten pada harga unit yang tinggi atau pun rendah. Saya akan bercerita lebih lanjut tentang konsep DCA ini dalam post akan datang,insya Allah

2) Pelaburan dari KWSP a/c 1

– KWSP membenarkan pengeluaran sebahagian dari simpanan a/c 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan.

– Pengeluaran ini boleh dibuat 3 bulan sekali tertakluk pada baki dalam a/c 1

Berbincanglah tentang matlamat pelaburan dengan unit trust consultant anda. Anda juga harus faham tentang risiko, charge yang dikenakan, hak anda semasa cooling-off period dan lain-lain lagi. Anda juga harus ingat bahawa pelaburan unit trust ini mid ke long term. Sekurang-kurangnya melaburlah 3 tahun ke atas, jadi anda akan mendapat kelebihan compounding interest.

Selepas memahami selok-belok pelaburan, barulah anda boleh menurunkan tandatangan/cap jari di borang pelaburan. Borang-borang ini akan di submit oleh unit trust consultant di pejabat Public Mutual atau Public Bank.

Selamat melabur. Semoga langkah awal yang diambil hari ini dapat menjamin masa depan yang cerah di masa hadapan.

Jumpa lagi….

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wow…Agak lama saya meninggalkan aktiviti berblog ni.

Hari ini saya nak share tentang syarat-syarat bagi memulakan pelaburan unit trust

Antara syarat-syarat penting ialah :

1) Jika anda pelabur perseorangan, anda mestilah berumur 18 tahun keatas

2) Jika anda pelabur pertama, jointholder anda tidak semestinya berumur 18 tahun keatas

Contoh : Anda ingin memulakan pelaburan untuk pendidikan anak anda. Anda sebagai pelabur pertama bolehlah meletakkan nama anak anda(yang belum mencapai umur 18 tahun) sebagai jointholder. Sebaik umurnya mencecah 18 tahun dan telah bersedia untuk melanjutkan pelajaran, anda bolehlah transfer pelaburan itu kepada anak anda.

3) Bagi warganegara Malaysia, dokumen yang diperlukan hanyalah salinan fotostat IC depan belakang dalam satu kertas A4.

4) Jika anda bukan warganegara Malaysia, anda juga boleh melabur. Dokumen yang diperlukan hanyalah salinan fotostat pasport anda.

Anda bolehlah menghubungi saya di talian : 019-7916848 untuk memulakan pelaburan.

Sebarang pertanyaan juga boleh di emailkan ke : ctshahariah@gmail.com

Mulakan melabur sekarang, dan tunggu sekurang-kurangnya 5 tahun untuk melihat pulangan berganda pelaburan anda. Anda pasti takkan menyesal…  😉

Yang pentingnya anda mestilah jelas akan matlamat pelaburan anda dan faham risiko pelaburan. Semua info ini boleh diajukan kepada agen unit trust dan menerusi pembacaan prospektus.

Hingga berjumpa lagi  😉

Salam semua,

Sila refer pada surat balasan oleh KWSP kepada PPIM berkenaan status pelaburan KWSP.

Apa reaksi anda? Sedih, geram…?

Namun, anda tidak perlu di persalahkan dalam hal ini kerana ini adalah diluar bidang kuasa anda. Simpanan KWSP adalah simpanan wajib yang ditentukan oleh pihak kerajaan untuk menjamin masa hadapan anda selepas persaraan.

Tapi yang pentingnya anda ada alternatif untuk melabur di unit trust yang berlandaskan syariah.  Malah kerajaan amatlah menggalakkan pencarum KWSP untuk mengeluarkan sebahagian simpanan KWSP a/c 1 untuk melabur di unit trust.

Pulangan KWSP sejak tahun 2005 hinggalah 2010 berkisar sekitar 4 hingga 6 peratus sahaja. Tetapi dengan melabur di Islamic unit trust Public Mutual, anda berpeluang untuk menikmati pulangan lebih dari 10%. Wang simpanan persaraan anda berpotensi berkembang dengan lebih pantas bagi yang melabur 5, 10, 15, 20 tahun dan seterusnya. Menarik bukan?

Jadi apa pilihan anda sekarang?

Mahu terus membiarkan simpanan dalam KWSP yang tidak berlandaskan syariah tapi memberi pulangan yang sedikit?

ATAU

Mahu melabur dalam unit trust yang berlandaskan syariah dan memberi pulangan yang banyak?

Pilihan di tangan anda… *wink* wink*

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Sehingga bertemu kembali..

Dengan lafaz Bismillahir Rahmaanir Rahim, saya membuka tirai blog Islamicunittrust4u.wordpress.com

Semoga blog ini mencapai matlamat saya untuk :

1) Memberi pengetahuan kepada pelabur2 unit trust betapa ‘indah’ nya membuat pelaburan unit trust. Anda melabur sekarang dan menuai hasilnya 5, 10, 20 tahun akan datang

2) Dimana patut melabur, cara-cara melabur dan apa2 yg berkaitan dgn pelaburan unit trust lah..

3) Memberi motivasi pd diri sendiri dan UTC lain untuk terus maju dalam bisnes unit trust yang serba indah ini. Kenapa indah? Tungguuuu…

4) Diberi kekuatan dan ilham mencurah2 dari Allah swt utk terus berblog dan knowledge sharing dgn anda.

Amin..amin..amin Ya Rabbal ‘Alamiin.

Doakan saya berjaya ye, sebagaimana saya mendoakan kejayaan pengunjung blog ini

Jumpa lagii… !!